DRE Road Academy oleh Ducati Malaysia - Asah kemahiran dengan cara menunggang selamat

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Bertempat di Gamuda Garderns, Rawang pada Khamis lalu telah berlangsungnya acara DRE Road Academy yang dianjurkan oleh Ducati Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ducati Riding Experience Road Academy merupakan inisiatif Ducati dalam kursus latihan motosikal komprehensif yang direka untuk meningkatkan kemahiran penunggang dan mempromosikan amalan menunggang selamat.

Menjadi acara pertama Ducati Malaysia untuk tahun 2024, para pengamal media telah dijemput untuk merasai sendiri pengalaman kursus tersebut bersama jentera-jentera Ducati.

 

2

 

DRE Road Academy menawarkan gabungan pembelajaran teori dan latihan amali yang dikendalikan oleh tiga orang Pengajar DRE bertauliah, iaitu Haizal Omar, Kevin Lee dan Ahmad Nadzrey.

DRE Road Academy telah direka dengan teliti di mana objektif utamanya untuk meningkatkan kemahiran keselamatan penunggang melalui latihan yang komprehensif, memfokuskan mengenai keselamatan jalan raya dan teknik menunggang defensif.

Antara latihan praktikal yang dilakukan ialah menunggang di dalam bulatan, mengelak kon, serta teknik memecut dan membrek yang betul.

 

3

 

Selain ilmu dan pengalaman praktikal yang diperoleh, para peserta turut menerima penganugerahan sijil penyertaan DRE Road Academy.

Selaras dengan usaha untuk menjadikan komuniti menunggang selamat di Malaysia, program DRE Road Academy ini turut dibuka untuk semua pemilik motosikal tidak mengira jenama.

Mereka yang berminat hanya perlu membayar yuran RM500 serta membawa segala kelengkapan menunggang seperti jaket, helmet, kasut dan sarung tangan. Setiap peserta yang menyertai akan disediakan dengan motosikal Ducati.

 

4