Pemain termahal dunia berusia 29 tahun itu bergambar bersama helikopter berkenaan yang dipakir di hadapan rumahnya bernilai £7 juta (RM41 juta) yang terletak di kawasan cantik Mangaratiba.
Tandatangan Neymar NJR turut tertera di bahagian ekor helikopter bernilai £10 juta (RM58 juta) itu yang digunakan sebagai pengangkutannya ke tempat latihan ketika bersama skuad kebangsaan.
Neymar yang berpindah ke PSG dari Barcelona dengan harga £198 juta (RM1.17 bilion) pada 2017 pernah hadir menjalani latihan bersama pasukan kebangsaan dengan menaiki helikopter Airbus Mercedes.
Media Sepanyol mendakwa warna hitam helikopter itu diinspirasikan dari filem Batman dan Dark Knight yang menjadi salah satu watak hero kegemaran Neymar.