MyCar pencabar baharu dalam industri E-Hailing Malaysia

oleh SALINA JALIL|
MyCar adalah aplikasi E-Hailing terbaru di Malaysia yang sudah beroperasi sejak 1 Februari 2018. MyCar adalah milik penuh Platform Apps Sdn Bhd. MyCar dibangunkan melalui teknologi platform terkini dengan kerjasama syarikat teknologi maklumat dari Amerika Syarikat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

MyCar mempunyai visi untuk mengimbangkan industri E-Hailing di Malaysia ini dan menjadi pesaing yang lebih berdaya saing dan kreatif dengan pemain industri lain seperti Grab. Malahan selepas Uber menutup operasi mereka di Asia Tenggara mulai 8 April 2018, MyCar bertekad menjadi pemain E-Hailing kedua selepas Grab.

Data MyCar terkini telah merekodkan lebih 5000 rakan pemandu dan 15000 pelanggan MyCar telah berdaftar sebagai pengguna didalam platform selepas dua bulan beroperasi.

MyCar telah memulakan operasi di seluruh negara dan telah mendapat tempahan di hampir semua bandar utama terutama di Lembah Klang serta Sabah, Kelantan dan Johor.

 

 

MyCar menekankan aspek harga tambang yang berpatutan dan sebagai contoh, MyCar kini menawarkan harga terendah ke KLIA iaitu RM55 sahaja berbanding platform lain iaitu RM65 (tidak termasuk bayaran tol).

Dari aspek kebajikan pemandu, MyCar memperjuangkan hak pemandu terutama mereka yang telah ditamatkan perkhidmatan oleh platform e-hailing yang lain dengan syarat tidak terlibat dengan aktiviti jenayah dan sebarang penyalahgunaan aplikasi atau lebih dikenali dengan ‘gaming’.

MyCar juga mengamalkan konsep kongsi keuntungan yang maksima kepada pemandu iaitu 85 peratus dari jumlah tambang untuk para pemandu dan 15 peratus komisen untuk MyCar.

 

Untuk menyahut seruan kerajaan melalui Akta Pengangkutan Awam (2017), MyCar telah menggabungkan perkhidmatan Teksi di dalam Platform MyCar. MyCarCab adalah pilihan terbaharu didalam aplikasi MyCar dimana pelanggan boleh terus menempah untuk mendapatkan perkhidmatan teksi sahaja. Manakala MyCarNow pula adalah tempahan untuk mencari kenderaan paling dekat dan cepat samada teksi (MyCarCab) atau kenderaan peribadi (MyCarEconomy).

Berikut adalah enam pilihan kategori kenderaan MyCar:

1. MyCar Economy

- Kereta sedan dan kompak seperti Perodua Bezza dan MyVi.

2. MyCar Premium

- Kereta kelas C dan keatas bermula dari cc1800 dan keatas seperti  Toyota Altis, Honda Civic, Nissan Sylphy, Toyota Camry, Honda Accord dan lain-lain.

3. MyCar MPV Compact

- Kereta MPV kompak seperti Perodua Alza, Proton Ertiga, Proton Exora, Toyota Avanza, Toyota Wish, Honda BRV, Nissan Livina dan sebagainya.

4. MyCar MPV Premium

- Kereta MPV seperti Toyota Vellfire, Toyota Estima, Toyota Innova, Nissan Serena, Honda Odyssey, Kia Carnival, Mazdaa Biante dan sejenisnya. 

5. MyCar Cab

- Teksi Sah Yang Berdaftar.

6. MyCar Now

-Semua pilihan di atas yang terdekat dan tercepat.

MyCar juga mengikut garis panduan yang telah dikeluarkan oleh agensi kerajaan seperti SPAD (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat) dan JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan).

 

MyCar

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Allahyarham dimaklumkan meninggal dunia selepas mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh.…
Berita Domestik
Ia juga selaras dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan persekitaran yang sihat dan mengamalkan…