Anthony Loke puji MyCar - tambang murah, komisen tinggi

oleh HEZERI SAMSURI|
Anthony Loke semalam memuji perkhidmatan seru pandu melalui aplikasi atas talian, MyCar kerana berjaya menawarkan kadar tambang yang lebih murah serta komisen sebanyak 15 peratus untuk pemandu.

Menteri Pengangkutan itu berkata sedemikan semasa menghadiri perasmian pejabat MyCar semalam.

Menurut Anthony, pihak kerajaan melakukan pelbagai usaha untuk menjadikan pemandu perkhidmatan seru pandu (e-hailing) sah dan dilindungi di sisi undang-undang.

Ia juga selaras dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan persekitaran yang sihat dan mengamalkan persaingan secara profesional.

"Mesej yang ingin kita sampaikan kepada rakyat ialah pilihan di tangan pemandu dan pengguna, anda bebas untuk memilih EHO yang membekalkan perkhidmatan yang anda rasa paling baik. 

Dengan persekitaran persaingan yang sihat, monopoli oleh sesetengah pihak boleh dicegah," ujar Anthony di dalam posting pada Facebook beliau.

MyCar ialah satu-satunya pesaing aktif kepada Grab yang turut menawarkan perkhidmatan seru pandu.

Mungkin anda juga boleh memuat-turun aplikasi MyCar untuk anda bandingkan harga tambang dan mutu perkhidmatan.

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kabinet memberikan sebulan untuk MOT mengemukakan kertas kerja agar sistem ojek boleh diperkenalkan…
Berita Domestik
Anthony berkata pihaknya tidak teragak-agak untuk bertindak, termasuk menarik lesen operasi mereka…
Hezeri Samsuri
Melanggar mereka punah, dilanggar mereka musnah. Menurut statistik terbaharu kemalangan jalan raya…