HONDA ACCORD DIUBAH JADI FORD MUSTANG ?

oleh Firdaus Razani|
Siapa pernah sangka kereta Jepun boleh di ubah menjadi sebuah kereta muscle betul? Ya, itu lah sebuah Honda Accord 2005 yang diubah menjadi Ford Mustang 1965 ditemui dijual di Facebook Marketplace.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kereta itu dipercayai berada di De Soto, Missouri, Amerika Syarikat setelah disenaraikan di platform jualan di Facebook itu, malah dengan berani menerangkan kereta itu sebagai “Ford yang paling boleh dipercayai di Missouri” dan “Honda yang cantik”.

Penjual tersebut meletakkan harga sehingga $15,000 (RM70,000) di platfrom jual beli atas talian tersebut.Anda rasa berbaloi atau tidak dengan pembelian tersebut?

 

mustang

 

Pada asasnya, doppelganger ini dibina di atas casis dan rangkaian kuasa enjin empat silinder K24 aspirasi semula jadi 2.4 liter Honda Accord 2005 dan turut dipadankan dengan transmisi automatik.

Walaupun tiada sebarang pengubahsuaian yang dibuat pada enjin, tetapi kereta itu menggunakan suspensi coilover di keempat-empat penjuru dan telah dilengkapi dengan angkup brek (brake caliper), rotor dan cakera brek baharu.

 

mustang

 

Dibahagian luaran kereta tersebut terdapat kerja-kerja custom yang sangat kemas untuk meniru sebuah reka bentuk Ford Mustang 1965 yang asli walaupun perkadaran (proportion) semuanya tidak sesuai.

Tidak dapat dipastikan sama ada pemilik kereta tersebut yang melakukan sendiri panel luaran badan kereta itu atau dilakukan melalui di kedai custom.

 

mustang

 

Untuk dibahagian kabin, kebanyakannya adalah sama seperti Accord biasa tetapi tempat duduk belakang telah ditanggalkan dan menggunakan paparan infotainment aftermarket.

 

mustang

 

Walaubagaimanapun, panel pintu kereta tersebut telah diubah untuk kelihatan serupa dengan panel pintu Mustang model klasik.

Jika anda seorang peminat fanatik kereta-kereta klasik Amerika, ini mungkin boleh menjadi sebuah klasik mampu milik anda.

 

mustang

 

SUMBER : Carscoops

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan daripada Best Car Web, Honda Jepun juga dikatakan menghentikan seketika penawaran…
Berita Domestik
  Model yang terlibat adalah seperti berikut:     Honda Malaysia memohon  maaf di atas…
Kereta
JRD, Nitro, Chery, SYM, Oppo dan Haval adalah antara contoh terbaik. Cuma Geely sahaja yang…