Musim Raya: 5 kesalahan tidak boleh dikompaun, selesai di mahkamah

oleh Mohamad Hanif|
Lima kesalahan lalu lintas tidak dibenarkan untuk dikompaun sempena musim perayaan kali ini dan perlu diselesaikan di mahkamah, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Lima kesalahan lalu lintas itu ialah memandu di lorong kecemasan, menggunakan telefon bimbit semasa memandu, gagal mematuhi lampu isyarat merah, memotong barisan dan memandu melebihi had laju, katanya.

Selain itu, Ka Siong berkata perintah larangan pemanduan kenderaan barangan akan dilaksanakan tiga hari sebelum dan dua hari selepas hari raya Aidilfitri iaitu pada 30 April hingga 2 Mei, serta 7 dan 8 Mei.

“Larangan ini bertujuan untuk mengelakkan risiko nahas jalan raya akibat percampuran aliran trafik yang melibatkan kenderaan berat dengan kenderaan ringan selain mengelakkan kesesakan lalu lintas,” katanya ketika berucap pada pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Ops Bersepadu sempena sambutan Aidilfitri di sini hari ini.

Ka Siong berkata seramai 2,200 anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan terlibat dalam Ops Hari Raya Aidilfitri, merangkumi kaedah penyamaran sebagai penumpang bas ekspres dan pemantauan melalui stesen penguatkuasaan (EBS) di 14 lokasi tumpuan sepanjang lebuh raya.

Beliau berkata pemeriksaan bas ekspres menerusi ‘Pra Ops Hari Raya’ pula bermula pada 25 hingga 28 April ini di 75 depoh dan 28 terminal bas utama di seluruh negara, bagi memastikan bas ekspres sentiasa berada dalam keadaan ‘road worthiness’ atau layak untuk dipandu di jalan raya.

Sumber: BERNAMA

Berita Berkenaan

Informasi
Menurutnya, tiket akan dijual bermula jam 12 tengah hari manakala bagi perkhidmatan KTM Intercity (…
Informasi
  "Menteri Pengangkutan (Anthony Loke) telah berbincang dengan syarikat penerbangan supaya tidak…
Berita Domestik
Menurut Malaysia Aviation Group (MAG), ia adalah sebagai satu tambahan kepada 20,000 tempat duduk…