Ahmad Maslan - Tol percuma dua hari muktamad, tiada penambahan

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Keputusan kerajaan memberi tol percuma dua hari sempena Hari Raya Aidilfitri adalah muktamad.

Timbalan Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata, kerajaan telah mengeluarkan perbelanjaan hampir RM38 juta untuk membayar 33 syarikat konsesi bagi tujuan berkenaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

“Sehari kira-kira RM19 juta dibayar kerajaan melalui Kementerian Kewangan. Jadi kali ini itulah yang diputuskan iaitu (tol percuma) pada 8 dan 9 April dan itu keputusan Kabinet.

“Jadi kita harap semua syarikat konsesi terlibat dapat menjalankan perkhidmatan dengan baik,” katanya selepas sesi Tinjauan Persediaan Plus Menghadapi Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri di Persada PLUS, pada Jumaat.

Terdahulu, Kementerian Kerja Raya memaklumkan dasar pemberian tol percuma untuk semua perayaan utama sepanjang tahun ini akan diteruskan termasuk bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri, April ini.

Bagaimanapun kata Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, pemberian tol percuma itu hanya diberikan kepada kenderaan persendirian iaitu kenderaan kelas satu sahaja.

Jelas beliau, langkah itu diambil bagi mengimbangi perbelanjaan yang perlu ditanggung kerajaan ketika ini.

Berbanding tahun lalu, Kerajaan Madani mengumumkan pemberian tol percuma selama empat hari sempena Aidilfitri melibatkan 33 lebuh raya bagi semua kelas kenderaan.

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pengecualian tol akan diberikan di…
Berita Domestik
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata bagi mengimbangi perbelanjaan perlu…
Berita Domestik
Menurut Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi, pemberian tol percuma itu bagi meraikan kesemua…