MPK tunda 1,352 kenderaan sepanjang tempoh Januari hingga Julai

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Kosmo
Keenganan membayar kupon parkir antara faktor utama Majlis Perbandaran Klang (MPK) bertindak tegas menunda purata 150 kenderaan sebulan di sekitar daerah ini.

Pengarah Komunikasi Korporatnya, Norfiza Mahfiz berkata, statistik pihaknya merekodkan sebanyak 1,352 kenderaan ditunda sepanjang tempoh Januari hingga Julai lalu.

Tegas beliau, beberapa faktor dikenal pasti mengenai tindakan pihak yang sengaja meletak kenderaan di merata tempat.

“Mereka tidak mahu membayar kupon letak kereta selain kepadatan kenderaan di kawasan perniagaan ketika waktu pejabat.

“Justeru, MPK tidak akan berkompromi dan turut mengambil tindakan ke atas kenderaan awam yang parkir di tempat khas Orang Kurang Upaya (OKU) tanpa pelekat ditetapkan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kata Norfiza, Bandar Baru Klang dan Klang Selatan antara kawasan perniagaan yang menjadi tumpuan bagi tindakan penundaan kenderaan.

Lokasi itu antaranya Jalan Mohet/Jalan Tali Air, Jalan Stesen /Jalan Stesen 1, Jalan Raya Timur, Jalan Datuk Hamzah dan Jalan Tengku Kelana.

“Kawasan itu menjadi tumpuan orang ramai yang kerap parkir di bahu jalan sehingga mengganggu lalu lintas,” ujarnya.

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut laporan Utusan, kompaun RM1,000 itu dikenakan terhadap pengguna jalan raya yang meletakkan…
Berita Domestik
  Dalam Ops Pecah bermula pukul 9 pagi itu, Majlis Perbandaran Klang (MPK) turut ‘memecahkan’ ramp…
Berita Domestik
Ia juga turut melibatkan pusat-pusat servis kenderaan di mana kerja-kerja seperti penyelenggaraan…