Ia juga turut melibatkan pusat-pusat servis kenderaan di mana kerja-kerja seperti penyelenggaraan am, servis berkala serta kerja membaikpulih yang kritikal kini tidak lagi dibenarkan, berbanding arahan yang dikeluarkan sebelum ini.
Namun, berdasarkan pengumuman yang dibuat oleh laman Facebook Majlis Perbandaran Klang, ia memberikan bayangan bengkel kenderaan dibenarkan beroperasi untuk tujuan kecemasan sahaja.
Ini bermakna, sekiranya terdapat insiden yang tidak diingini, perkhidmatan 'emergency on-call' adalah dibenarkan, dan mekanik dibenarkan datang untuk melakukan pembaikan.