Motul bantu pasukan Nissan bolot kedudukan 1 dan 2 dalam SUPER GT 2023

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Foto oleh NISMO
Musim 2023 siri AUTOBACS SUPER GT yang terkenal di dunia telah bermula pada 15 hingga 16 April di Litar Antarabangsa Okayama.

Motul selaku pelincir rasmi bagi pasukan Nissan, membuktikan kebolehpercayaan dan prestasi yang diberikan oleh rangkaian produk sukan permotoran terkemuka mereka.

Ia dibuktikan melalui perlumbaan pembukaan setelah 2 buah jentera Nissan Z GT500 yang diberi warna Motul menduduki 2 tempat teratas podium.

 

Foto oleh NISMO

 

Pemandu #23 MOTUL AUTECH Z Tsugio Matsuda dan Ronnie Quintarelli berjaya meraih kemenangan manakala pemandu #3 Niterra MOTUL Z dipandu oleh Katsumasa Chiyo dan Mitsunori Takaboshi menduduki tempat kedua, hanya 1.496 saat di belakang pemenang.

Kejayaan tersebut adalah gambaran jelas perkongsian setia antara NISMO dan Motul yang telah berlangsung selama dua dekad dalam sukan permotoran.

Sepanjang perkongsian tersebut, Motul telah bekerja rapat dengan pasukan perlumbaan, untuk mereka bentuk dan merumus pelincir khas untuk jentera berkuasa NISMO yang stabil seperti Nissan Z GT500.

 

Foto oleh NISMO

 

Di Okayama, kelebihan 300V Motul, Minyak Perlumbaan Transmisi Gear dan Bendalir Brek Lumba dipamerkan sepenuhnya, membolehkan pasukan itu beraksi pada tahap terbaik mereka.

Tambahan pula, ujian ketat terhadap pelincir dan cecair ini melengkapkan Motul dengan data dan pandangan yang tidak ternilai, yang akhirnya membentuk produk untuk pengguna harian di seluruh Asia dan dunia.

Pusingan kedua AUTOBACS SUPER GT akan berlangsung di Fuji Speedway pada 3 hingga 4 Mei 2023.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Majlis pelancaran produk baharu itu dianjurkan pada acara perlumbaan Sepang 12 Hours 2023, dimana…
Berita Global
Produk baharu itu menyasarkan pengguna yang mencari prestasi untuk penggunaan harian, melalui…
Berita Global
Selain daripada itu, Motul juga merupakan penaja utama bagi perlumbaan Acura Grand Prix of Long…