MotoGP: Litar Red Bull bakal terima penonton, nasib GP Malaysia samar-samar

oleh Mohamad Hanif|
Setelah setahun lebih musim perlumbaan MotoGP dianjurkan tanpa kehadiran penonton, pengajur Dorna Sports mengesahkan mereka akan mula menerima kapasiti penuh penonton di Litar Red Bull.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini bermakna, para peminat MotoGP kini boleh membanjiri kedua-dua pusingan GP Styria dan GP Austria yang bakal berlangsung pada 8 Ogos dan 15 Ogos ini.

Namun, ia hanya terbuka kepada peminat yang sudah pun disuntik vaksin, telah disahkan negatif atau sembuh sepenuhnya daripada COVID-19.

Sementara itu, nasib GP Malaysia masih lagi samar-samar dan berkemungkinan besar bakal menerima nasib yang sama seperti tahun lalu melihatkan kepada keadaan pandemik yang masih lagi belum reda.

Awal tahun lalu, sesi ujian pra-musim untuk tahun 2021 terpaksa dibatalkan disebabkan peningkatan kes positif COVID-19, begitu juga dengan sesi ujian yang dijadualkan berlangsung pada bulan Februari dan Mac.

Sehingga kini, Litar Antarabangsa Sepang masih lagi tersenarai di dalam jadual rasmi MotoGP yang dijadualkan berlangsung pada 31 Oktober ini.

Sumber: Ride Apart 1, 2

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kami mengesahkan bahawa tiada perbincangan mengenai membawa kembali sukan itu ke Litar…
Sukan Bermotor
Menurut sumber dalaman, Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (sebelum ini dikenali sebagai SIC) akan…
MotorGP
"Patuhi arahan papan tanda di sepanjang jalan dan tidak berhenti atau menghalang laluan kenderaan…