Moratorium PEMULIH: Bank tidak akan kenakan faedah terkompaun

oleh HEZERI SAMSURI|
Pihak bank tidak akan mengenakan sebarang faedah terkompaun atau "compounded interests" ke atas jumlah faedah terkumpul selepas enam bulan.

Menteri Kewangan tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz turut menegaskan bahawa pihak bank juga tidak akan mengenakan sebarang penalti atas penangguhan bayaran di bawah projek moratorium enam bulan tersebut.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Menurut Astro Awani, pelaksanaan moratorium yang dimumkan semalam adalah sama sahaja seperti yang diumumkan tahun lepas.

Ini bermakna bayaran sewa beli kenderaan akan mengambil tempoh "cuti" selama enam bulan dan pembayaran bulanan bersambung selepas itu.

Namun begitu, tidak ada sebarang informasi diberikan berkaitan pinjaman perumahan dan samada ia bebas dari faedah terkompaun atau tidak.

Kenyataan media dari Persatuan Bank Malaysia (ABM) dan juga Persatuan Bank Islamik dan Institusi Kewangan Islamik Malaysia (AIBIM) pula menerangkan bahawa baki kad kredit boleh ditukar kepada pinjaman 3-tahun dengan faaedah atau keuntungan yang direndahkan untuk membantu mereka menguruskan pembayaran.

ABM dan AIBIM juga meminta semua peminjam yang mahu mengambil pilihan moratorium ini untuk menghubungi pihak bank masing-masing melalui saluran digital seperti website, email dan juga telefon.

Pelanggan juga boleh pergi ke cawangan-cawangan bank mereka sekiranya mengalami kesukaran untuk menghubungi secara digital. 

 


 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Hari ini kesemua pihak bank menerangkan dengan lengkap apakah pakej-pakej moratorium yang…