Model pengganti Nissan Z bakal menampilkan elemen retro 240Z & 300ZX!

oleh Mohamad Hanif|
Seperti mana yang kita semua maklum, selain daripada model pengganti Nissan GT-R, Nissan juga kini sedang sibuk membangunkan model pengganti kereta sports Nissan Fairlady Z.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Laman automotif Autoblog telah menemuramah beberapa orang pengedar Nissan yang telah melihat dengan sendiri model pengganti Z tersebut, dan kebanyakannya mengakui model tersebut bakal membawakan elemen yang menjadi tunjang sebuah Z.

Antara perincian yang didedahkan termasuklah:

  • muka hadapan yang mengingatkan kita kepada Nissan 240Z, dengan gril berbentuk segi empat dan lampu berbentuk bulat
  • reka bentuk retro dengan garisan badan menyamai model semasa Nissan 370Z
  • bahagian belakang yang menyerupai Nissan 300ZX

 


Selain daripada itu, ruang kabin pula akan menampilkan bahan material berkualiti tinggi yang terdapat pada Nissan Altima, sistem infotainmen moden serta beberapa ciri menarik yang ada pada model Nissan terkini.

Manakala trenkuasa pula bakal menampilkan enjin bentangan V6 3.0 liter dengan bantuan turbo berkembar yang diperoleh daripada Infiniti Q50/Q60 digandingkan dengan transmisi manual atau automatik sembilan nisbah kelajuan. 

Kuasa yang terhasil mampu mencapai angka 400 hp (400Z?) dan daya kilas 474 Nm. 
 


Laporan tersebut turut mencadangkan model varian berpretasi tinggi Nismo dengan kuasa setinggi 500 kuasa kuda turut dirancang. 

Perincian yang didedahkan sebenarnya sangat menarik, namun kita tunggu dan lihat sahaja bagaimana Nissan mencorakkan model pengganti kepada Nissan 370Z ini. 

Sumber: Autoblog

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun yang paling mencuri tumpuan pada ketika ini ialah hasil kerja yang diperlihatkan oleh Liberty…
Berita Global
Apa kata cuba cedok idea daripada Nissan, di mana kerusi daripada model klasik Nissan Fairlady Z (…
Gaya Hidup
Harga yang agak munasabah untuk sebuah kereta sports pacuan roda belakang konvensional yang masih…