Mitsubishi Motors Malaysia buka Pusat 3S di Nilai, Negeri Sembilan

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi Motors Malaysia hari ini mengumumkan pembukaan pusat 3S (Jualan, Servis & Alat Ganti) yang pertama di Nilai, dikendalikan oleh pengedar sah Ban Lee Heng Motor (Nilai) Sdn Bhd.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pembukaan pusat 3S baharu ini menjadikan jaringan pengedar Mitsubishi Motors bertambah kepada 59 buah di seluruh negara.

Terletak tidak jauh dari jalan utama Persiaran Korporate, Pusat 3S MMM itu bakal menjadi tumpuan bagi pelanggan yang duduk di sekitar kawasan tersebut.

Ia mempunyai keluasan sekitar 6,400 kaki persegi, di mana Pusat 3S ini turut dihiasi dengan identiti jenama Mitsubishi Motors, selain menawarkan kemudahan seperti ruang istirehat pelanggan, WiFi percuma, serta ruang khas untuk kanak-kanak.

Untuk khidmat selepas jualan, Pusat 3S ini menyediakan sehingga tiga ruang servis yang dapat memenuhi keperluan setiap pelanggan Mitsubishi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Shinya Ikeda berkata, "sejajar dengan perancangan perniagaan Mitsubishi Motors, serta usaha untuk memperkenalkan model baharu di Malaysia, kami berterusan untuk meluaskan lagi jaringan pengedar bagi menambah baik titik sentuh dengan pelanggan kami.

"Menerusi langkah strategik ini, kami menyasarkan untuk meliputi kawasan yang belum diteroka dan meluaskan lagi jualan dan perkhidmatan kami untuk memenuhi permintaan yang semakin berkembang terhadap jenama Mitsubishi," ujarnya lagi.

Pusat 3S Mitsubishi Motors Malaysia ini terletak di alamat Lot 27447, Jalan BBN 5/1a, Bandar Nilai Utama, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, dan boleh dihubungi menerusi akaun Facebook dan Instagram ‘Mitsubishi Motors – Ban Lee Heng Motor Nilai’, atau akaun Tik Tok ‘Mitsubishi Motors Nilai.’

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk setiap pembelian dua versi model Triton ini, pembeli akan menerima duit raya bernilai RM2,000…
Berita Domestik
Pembesaran bilik pameran terbaru itu merupakan bilik pameran terbesar Mitsubishi Motors di Kuching…
Berita Domestik
Datang eksklusif dalam warna White Diamond, Triton AT Premium ini membawakan kemasan bampar depan…