Dalam perkembangan terkini, Mitsubishi mendakwa Triton serba baharu ini akan membawakan pelantar ladder frame, casis serta enjin diesel serba baharu.

Enjin diesel yang bakal menguasai Triton itu mampu menghasilkan prestasi tinggi yang lebih mesra alam, dengan menekankan pengurangan kadar geseran dalam enjin.
Selain daripada itu, trak pikap Triton ini turut membawakan tetapan sistem gantungan jenis double-wishbone pada gandar hadapan, diikuti dengan suspensi dedaun di bahagian belakang.

Kesemua ciri yang disebutkan itu tadi membolehkan trak pikap Triton menawarkan aspek pemanduan yang selesa, selamat dan meyakinkan tanpa mengira keadaan jalan mahupun cuaca persekitaran.
Mitsubishi Triton serba baharu dijangka akan muncul secara rasmi pada 26 Julai, jam 10 pagi waktu Bangkok.