Gambar yang diperoleh daripada laman Facebook The Automobilist itu memperlihatkan rekaan sebenar bahagian belakang Mitsubishi Outlander yang membawakan persamaan dengan model konsep Engelberg seperti yang diperlihatkan beberapa tahun yang lalu.
Sebelum ini, sedikit informasi telah pun diperlihatkan oleh Mitsubishi menerusi video ringkas berdurasi 15 saat yang memaparkan Outlander baharu diuji atas pelbagai jenis permukaan bumi, termasuklah laluan off-road, jalan bersalji, serta meredah laluan air.
Mitsubishi Outlander berkongsi platform dengan Nissan X-Trail/Rogue, namun hadir dengan elemen yang sinonim pada kereta Mitsubishi yang lain iaitu Dynamic Shield.
Esok merupakan hari bersejarah di mana Mitsubishi bakal menjadi pengeluar pertama yang melancarkan kenderaan baharu menerusi platform Amazon Live.
Nantikan informasi lanjut berkenaan Mitsubishi Outlander di Careta.my.