90 ribu Outlander dipanggil semula, paparan kamera undur gagal berfungsi

oleh Mohamad Hanif|
Kira-kira 89,907 unit Mitsubishi Outlander tahun 2022-2023 termasuklah model Outlander PHEV telah dipanggil semula di Amerika Syarikat disebabkan masalah perisian pada sistem infohibur yang boleh menyebabkan imej kamera undur tidak dipaparkan pada skrin.

Menurut dokumen yang diterbitkan oleh National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), masalah ini boleh terjadi sekiranya pemilik memasukkan gear undur dalam tempoh 40 saat selepas unit infohibur dihidupkan, dan kenderaan kekal dalam posisi tersebut lebih daripada tempoh enam saat.
 

outlander


Kegagalan imej kamera undur dipaparkan pada skrin tersebut boleh meningkatkan risiko kemalangan atau kecederaan terutama pejalan kaki yang berada di belakang kenderaan tersebut.

Menurut Mitsubishi, mereka telah menerima empat laporan dan dua tuntutan waranti dari Amerika Syarikat berhubung isu tersebut, namun tiada sebarang laporan kemalangan atau kecederaan diterima buat masa ini.
 

Outlander


Bermula 20 Jun, kesemua pemilik Outlander yang terjejas akan dihubungi dan mereka diminta menghantar kenderaan mereka untuk kemaskini perisian sistem infohibur bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang.

Sumber: NHTSA

Berita Berkenaan

Uncategorized
Evolusi dan Prestasi Produk     Outlander PHEV direka sebagai model flagship yang berfungsi…
Berita Global
  Walaupun sudah berada di Jepun dan Amerika Syarikat, Outlander PHEV baharu masih belum…
Berita Global
Terbaru di Jepun Mitsubishi mempertingkatkan kelengkapan Outlander PHEV, Outlander Black Edition…