Mitsubishi mungkin tingkatkan pegangan dalam Renault - laporan

oleh Mohamad Hanif|
Sedikit perkembangan terkini daripada pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi, Reuters melaporkan syarikat konglomerat Jepun Mitsubishi Corp dilihat berpotensi meningkatkan pegangan di dalam syarikat Renault.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Langkah ini merupakan sebahagian daripada perancangan yang dibincangkan antara tiga pihak tersebut demi memperkukuhkan lagi pakatan antara Renault, Nissan dan juga Mitsubishi Motors, menurut laporan akhbar Perancis Les Echos khamis lalu.

Selain meningkatkan pegangan sebanyak 10 peratus, ketiga-tiga ahli dalam pakatan itu turut membincangkan pelan penstrukturan semula selain mempertimbangkan penutupan kilang pemasangan dan melaksanakan skim penjimatan kos operasi.

Ketika ini, Renault memiliki 43.4 peratus pegangan di dalam Nissan dan 34 peratus di dalam syarikat Mitsubishi Motors semenjak 2016.

Manakala Nissan pula memegang 15 peratus saham Renault.

Sementara itu, Renault tidak memberikan sebarang ulasan lanjut berkenaan isu ini.

Sumber: Reuters

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Di peringkat antarabangsa, Captur berada di dalam generasi kedua selepas diperkenal pada 2019. …
Berita Global
Syarikat yang dinamakan Flexis itu menyasarkan untuk mengambil peluang peningkatan permintaan bagi…
Berita Global
Kini terdapat sebuah lagi versi yang diperkenalkan oleh Alpine, iaitu A110 R Turini sebagai sebuah…