MITSUBISHI CONNECT - aplikasi peranti pintar untuk pemilik kenderaan Mitsubishi

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) selaku pengedar rasmi kenderaan berjenama Mitsubishi di Malaysia melancarkan aplikasi pintar pertama MITSUBISHI CONNECT untuk para pemilik kereta Mitsubishi di Malaysia.

Aplikasi percuma ini menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan yang boleh diakses menerusi satu sentuhan seperti mengatur temujanji servis berkala, memeriksa sejarah penyelenggaraan kenderaan dan mendapatkan peringatan servis berkala seterusnya dengan lebih mudah.

Selain daripada itu, para pemilik kenderaan Mitsubishi juga boleh mendapatkan bantuan kecemasan 24 jam sehari menerusi talian 24Hrs Mitsubishi Assist, manakala butang 'SOS' pula membenarkan lokasi pemilik dikesan menggunakan GPS.

MITSUBISHI CONNECT juga boleh digunakan untuk menentukan lokasi berhampiran pusat pameran dan pusat servis bertauliah Mitsubishi beserta informasi pengedar dan sambungan kepada aplikasi navigasi bagi memudahkan para pelanggan mendapatkan bantuan dengan lebih mudah.

MITSUBISHI CONNECT boleh dimuat turun secara percuma menerusi Apple App Store dan Google Play Store.

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Pada tahun 2019, Porsche telah melancarkan sebuah aplikasi mudah alih yang tidak menyediakan mana-…
Berita Domestik
Pada masa yang sama Motorist bersama Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)…
Informasi
Hal ini pastinya akan menyusahkan diri sendiri dan pihak lain jika terjadi sesuatu yang tidak…