Pada tahun 2019, Porsche telah melancarkan sebuah aplikasi mudah alih yang tidak menyediakan mana-mana ciri yang disebutkan di atas.
Walaupun ia mempunyai ciri navigasi terbina, aplikasi ROADS ini juga bukanlah sebuah aplikasi navigasi pemetaan yang boleh mencari jalan pintas untuk mengelakkan kesesakan trafik.
Sebaliknya, ia menyediakan info berupa lokasi-lokasi menarik untuk menikmati pemanduan yang mengasyikkan, dan kini telah dikemaskini dengan pelbagai ciri yang dipertingkatkan.

Terdapat tiga profil pemanduan yang boleh dipilih, iaitu Balanced, Speedy dan Curvy.
Aplikasi ROADS ini akan menggunakan teknologi kepintaran buatan untuk mencari lokasi berdasarkan beberapa aspek yang dipilih pemandu termasuklah laluan berselekoh, topografi, ciri landskap dan tempat menarik sepanjang laluan yang berpotensi.
Ia bukan sekadar aplikasi untuk mencari lokasi pemanduan menarik, ROADS juga turut menyediakan komuniti pengguna yang mahu berkongsi lokasi kegemaran mereka kepada pengguna-pengguna lain.
Menurut Porsche, aplikasi itu kini mempunyai lebih daripada 180,000 orang pengguna.

Aplikasi ROADS ini boleh dimuat turun secara percuma menerusi kedai aplikasi Apple App Store, tanpa mengira apa jua kereta yang anda pandu.
Sayang sekali, aplikasi ini tidak tersedia di negara kita.