Minyak pelincir sintetik, Sinopec X-Series dilancarkan untuk pasaran Malaysia

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Sinar Puncak Sdn Bhd, pengedar rasmi bagi minyak pelincir motosikal jenama Sinopec melancarkan Sinopec X-Series yang menampilkan pilihan minyak pelincir jenis sintetik untuk semua jenis motosikal.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Barisan minyak pelincir motosikal sintetik SINOPEC X-Series serba baharu ditawarkan untuk pelbagai jenis motosikal sama ada versi transmisi manual atau automatik.

 

2

 

Kedua-dua Sinopec X-Series (SN/MA2) dan ( SN/MB) dirumus dengan minyak asas teknologi sintetik sepenuhnya dan sistem tambahan pelbagai fungsi.

Ianya memenuhi keperluan Pertubuhan Piawaian Automobil Jepun (JASO) sebagai produk berkualiti JASO MA2 dan JASO MB, dimana ia berjaya didaftarkan ke dalam Panel Pelaksanaan Piawaian Minyak Enjin JASO.

 

3

 

Pada masa yang sama, produk tersebut dinilai sebagai pelincir kategori perkhidmatan API SN.

Sempena pelancaran minyak pelincir baharu itu, Sinar Puncak telah mengadakan promosi Minyak Rahmah RM5 pada 5 Mei lepas, dimana 555 botol minyak pelincir telah habis dijual dalam masa 1 jam.

 

4

 

Barisan minyak pelincir motosikal sintetik SINOPEC X-Series kini tersedia di semua pengedar rasmi dan boleh dibeli secara atas talian di kedai atas talian Sinopec.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Aduan itu adalah untuk produk yang ditawarkan untuk dijual di kedua-dua platform e-dagang dan di…
Berita Domestik
Pengenalan minyak pelincir SP Grade ini akan menggantikan barisan produk SN Grade kecuali SN 0W-30…
Berita Domestik
  Meneruskan momentum kejayaan kempen ini, PETRONAS AutoExpert kini menawarkan diskaun sehingga 50…