PETRONAS AutoExpert tawar diskaun servis sehingga 50 peratus untuk anggota barisan hadapan

oleh SALINA JALIL|
PETRONAS AutoExpert, pusat servis automotif yang dibangunkan oleh PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia Sendirian Berhad (PLMMSB) telah melancarkan kempen promosi penukaran minyak enjin dan servis kereta khusus untuk kakitangan dan anggota barisan hadapan pada bulan Mei lepas, sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang bertungkus lumus membanteras penularan pandemik COVID-19 di negara ini.

 

Meneruskan momentum kejayaan kempen ini, PETRONAS AutoExpert kini menawarkan diskaun sehingga 50 peratus (tertakluk terma dan syarat) untuk beberapa pakej penukaran minyak enjin PETRONAS Syntium yang meliputi sintetik penuh, semi sintetik berserta mineral.

 

Petugas barisan hadapan terpilih di dalam program ini termasuk daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

 

autoexpert

 


“Susulan kejayaan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang kami laksanakan pada Mei lalu, kami di PLMMSB bersama-sama dengan rakan niaga kami, PETRONAS AutoExpert, membuat promosi ini sebagai kesinambungan program CSR tersebut yang bertujuan untuk meringankan beban kewangan di kalangan petugas barisan hadapan.

 

Ini adalah sumbangan kecil kami sebagai tanda terima kasih dan perhargaan terhadap pengorbanan mereka,” kata Hardeep Singh, Ketua Pegawai Eksekutif PLMMSB.

 

 

Promosi bermula 15 Julai 2020 sehingga 30 Oktober 2020, atau sementara stok masih ada.

 

Untuk menyertai program ini, petugas barisan hadapan disarankan untuk membuat tempahan slot di cawangan PETRONAS AutoExpert

berikut :-


1. PETRONAS AutoExpert Shah Alam
No 43, Jalan 15/23, Seksyen 15,
Tiong Nam Industrial Park,
40200 Shah Alam, SELANGOR
Tel : 018-242 4680
Map : https://g.page/AutohausKLShahAlam?share


2. PETRONAS AutoExpert Seri Kembangan
No 1, Jalan BPP 5/2,
Pusat Bandar Putra Permai,
43300 Seri Kembangan, SELANGOR
Tel : 019-272 6262
Map : https://g.page/ahklsk2?share


3. PETRONAS AutoExpert Sri Manja
No 1, Jalan Sri Manja 12,
Taman Sri Manja,
46000 Petaling Jaya, SELANGOR
Tel : 016-318 3155
Map : https://g.page/autohausklpj?share


4. PETRONAS AutoExpert Sri Batu Caves
No 20, Jalan SBC5,
Taman Sri Batu Caves,
68100 Batu Caves, SELANGOR
Tel : 016-350 4752
Map : https://goo.gl/maps/vFEh4AWhX328RyFLA


5. PETRONAS AutoExpert Semenyih
No 4G, 6G & 8G, Jalan 5/11,
Bandar Rinching,
43500 Semenyih, SELANGOR
Tel : 017-266 5449
Map : https://goo.gl/maps/wUwPjR2DoLiftB9D8


6. PETRONAS AutoExpert Kajang
No 23G, Jalan Putra 2,
Taman Putra Kajang,
43000 Kajang, SELANGOR
Tel : 014-668 8387
Map : https://goo.gl/maps/bfN5J9Uy2cQiVTnD6


7. PETRONAS AutoExpert Bandar Bukit Raja
No 7-1A, Persiaran Astana,
Bandar Bukit Raja,
41050 Klang, SELANGOR
Tel : 012-904 4584
Map : https://goo.gl/maps/ux4doJMeT8Btr6QS9


8. PETRONAS AutoExpert Glenmarie
No 26, Jalan Juruhebah U1/50,
Temasya Industrial Park,
41050 Shah Alam, SELANGOR
Tel : 017-321 5585
Map : https://goo.gl/maps/hnTiJAtebLmx4t7R6

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tawaran ini khusus untuk kakitangan dan petugas baris hadapan sebagai tanda penghargaan kepada…