Mercedes yakin tiada siapa mampu tandingi jentera AMG ONE

oleh Mohamad Hanif|
Sudah tiga tahun setengah semenjak Mercedes-AMG memperlihatkan secara rasmi model konsep hypercar Project ONE, dan jentera jalanan dengan nadi Formula One itu nampaknya sudah kian menghampiri fasa untuk diserahkan kepada para pemiliknya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ya, hanya 275 unit sahaja yang akan diproduksikan oleh Mercedes, dan kesemua unit sudah pun mempunyai pemilik masing-masing walaupun harga yang diminta oleh Mercedes-AMG sekitar $2.7 juta (RM11 juta).

 


Untuk menyemarakkan lagi semangat di kalangan para pemiliknya, Mercedes-AMG baru-baru ini menyiarkan sebuah video ringkas yang menampilkan Mercedes-AMG ONE dilenjan di dalam dunia sebenar dengan memakai liveri yang menarik.

Selain daripada nadi (dan bunyi) enjin yang diperoleh daripada sukan F1 itu, ia juga memberikan gambaran kepada jenama E Performance yang bakal membuat kemunculan rasmi menerusi model AMG GT 73e akan datang.

Mercedes nampaknya amat yakin dengan prestasi yang bakal dihamburkan oleh AMG One, sehinggakan mereka menggunakan tagline 'unmeasured, unrivaled, unreal' yang diiringi dengan aksi-aksi di atas litar lumba.

 


Sebagai makluman, Mercedes-AMG One menggunakan adaptasi daripada trenkuasa yang terdapat pada jentera lumba Mercedes F1 W06 Hybrid tahun 2015, iaitu enjin 1.6 liter turbo bentangan V6 yang dibantu dengan empat motor elektrik menghasilkan kuasa melebihi 1,000 hp.

Namun harus diingat, sifat sebuah enjin F1 memerlukan ia dibina semula pada setiap jarak perbatuan 50,000 km, dan kos untuk membina semula enjin-enjin perlumbaan ini bukanlah semurah anda membina kembali enjin Campro di bengkel bawah pokok ceri...

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Biarpun bertukar pasukan, beliau tidak membatalkan tempahan untuk model edisi terhad Mercedes-AMG…
Berita Global
Bercakap kepada CarSales, pengarah pembangunan kenderaan Mercedes-AMG Steffen Jastrow menjelaskan…
Berita Global
  Rekod tersebut dibuat pada 28 Oktober 2022 dan menariknya dipandu ke litar pada pukul 5:14:31…