Mercedes mahu bangunkan sendiri komponen EV, kurangkan kebergantungan kepada pembekal

oleh Mohamad Hanif|
Sehingga kini, Mercedes-Benz terpaksa bergantung kepada pihak ketiga untuk mendapatkan komponen trenkuasa elektrik, seperti contoh motor elektrik untuk model EQS yang diperoleh daripada Valeo-Siemens, dan modul trenkuasa untuk EQC daripada ZF.

Namun, pada masa akan datang, Mercedes-Benz akan mengurangkan kebergantungan kepada pembekal, dan membangunkan sendiri komponen untuk kenderaan elektrik mereka.

Menurut laporan daripada Automotive News, senibina elektrik MMA dan MB.EA yang akan datang akan dibangunkan secara in-house, dan menggunakan komponen trenkuasa yang dibangunkan sendiri bermula tahun 2024.

Secara mudahnya, Mercedes mahu mengawal sistem trenkuasa elektrik secara keseluruhan, termasuklah motor elektrik, bateri, serta komponen elektronik, sama seperti langkah yang dibuat terhadap enjin pembakaran dalaman.

Ketua unit pembangunan Daimler, Markus Schaefer memberitahu Automobilwoche, "sehingga kini, komponen trenkuasa elektrik disumberkan daripada rakan pembekal.

Langkah yang bakal diambil ini bakal memerlukan pelaburan yang besar, namun ia dilihat mengurangkan risiko pembuangan pekerja yang risau akibat peralihan kepada trenkuasa elektrik.

Shcaefer menambah, "kami harus berbincang berhubung pengembangan kapasiti trenkuasa elektrik di peringkat global, memandangkan kami kini sedang dalam usaha mempercepatkan penggunaan mobiliti elektrik, dan menjelang 2025 separuh daripada kenderaan kami terdiri daripada EV atau PHEV.

Sumber: Automotive News

Berita Berkenaan

Berita Global
Meskipun Lancia sebelum ini telah mengesahkan kehadiran semula model Delta sebagai sebuah hatchback…
Berita Global
Rolls-Royce sebelum ini telah pun memperlihatkan dua buah model konsep EV, satu daripadanya pada…
Sukan Bermotor
Menurut satu temubual terbaharu yang dijalankan oleh majalah Itali Quattroruote, bos F1 Stefano…