Mercedes-Benz tawar penghantaran kereta baharu terus ke depan pintu (di Jerman)

oleh Mohamad Hanif|
Langkah Perintah Kawalan Pergerakan yang bukan sahaja dilaksanakan di Malaysia, malah ia juga turut dipraktikkan di seluruh dunia, terutama di beberapa buah negara yang teruk terjejas akibat COVID-19.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kesannya, penjualan kenderaan kini terganggu kerana pergerakan yang terbatas, namun ia bukanlah alasan untuk Mercedes-Benz menyerah kalah begitu sahaja.

Baru-baru ini, pengeluar automotif mewah tersebut telah memperkenalkan perkhidmatan penghantaran kenderaan terus ke rumah khusus untuk pembeli baharu di pasaran Jerman.

Menurut laporan daripada Motormobiles, langkah tersebut merupakan kesinambungan daripada pengenalan kedai dalam talian yang telah diperkenalkan pada tahun 2016, dan dilancarkan semula pada Disember 2019.

Semenjak daripada itu, ia telah berjaya menarik kunjungan kira-kira 400,000 orang.

Kedai dalam talian ini bukan sahaja membolehkan para pelanggan menempah dan membeli kereta baharu, malah ia juga menawarkan penghantaran terus ke rumah tanpa sebarang caj penghantaran!

Ia bukanlah satu perkara yang baharu memandangkan langkah yang sama telah pun dipraktikkan oleh beberapa buah pengeluar di seluruh dunia, mengikut laporan daripada What Car.

Apa yang pasti, sebelum ia diserahkan kepada pelanggan, kereta baharu tersebut perlulah dipastikan telah disembur cecair pembasmi kuman paling kurang kandungan 70 peratus alkohol demi memastikan kuman dan bakteria dibunuh.

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Berita Global
  Bampar direka dengan bukaan liang udara yang minimum untuk penyejukan dan bahagian bawah badan…
Berita Global
  Kemewahan kereta ini boleh disaksikan di Muzium Mercedes-Benz di Jerman. Apa yang membuatkan…