Mercedes-Benz mulakan pasaran eksport pertama ke Filipina - C 180 pemanduan sebelah kiri

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan sambutan ulang tahun yang ke-15 penubuhan fasiliti pemasangan tempatan bagi jenama Mercedes-Benz di Pekan, jenama pendahulu segmen premium di Malaysia itu turut sama meraikan penghasilan unit yang ke-100,000.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam masa yang sama, Mercedes-Benz turut mengumumkan pembukaan fasiliti terbaharu bagi penghasilan unit C-Class dengan pemanduan sebelah kiri (LHD) untuk tujuan eksport ke pasaran Filipina. 

Ketika ditemubual, Dr. Claus Weidner berkata, pihaknya kini sedang meneroka peluang pasaran eksport ke negara yang lain. terutama di Asia Tenggara bergantung kepada permintaan.

 


"Kami sedang melihat kemungkinan bagi meneroka pasaran selain daripada Filipina, akan tetapi kami kini sedang memfokuskan kepada opsyen-opsyen lain yang wujud," jelas beliau lagi. 

Ketika ini, kapasiti pengeluaran Mercedes-Benz mencecah 10,000 unit setahun mengikut data yang diperoleh tahun lalu, dan dengan naik taraf fasiliti sedia ada, Mercedes-Benz dijangka mampu menghasilkan lebih daripada itu bergantung kepada permintaan semasa. 
 


Dalam satu sesi tertutup yang dijalankan, media tempatan diberikan peluang untuk meninjau kecanggihan fasiliti yang baharu ini yang akan memenuhi keperluan bagi memasang kedua-dua kenderaan pemanduan kanan dan kiri - yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara. 

Teknologi yang digunakan juga adalah sebahagian daripada usaha untuk memastikan kualiti yang terdapat pada model pemasangan tempatan adalah sepadan dan menepati piawaian kualiti pemasangan yang ditetapkan oleh Mercedes-Benz global.

Menggunakan konsep baharu dalam CKD, Mercedes-Benz mampu untuk memasang mana-mana model di dalam satu barisan produksi sahaja, termasuklah memasang model enjin pembakaran dalaman, dan juga enjin hibrid. 

Termasuk model C 180 LHD untuk eksport ke Filipina, kilang pemasangan CKD Mercedes-Benz kini turut memasang lima model termasuklah C-Class, E-Class, S-Class, GLC dan juga model C 43 AMG. 

 


Dengan pelaburan terkumpul berjumlah melebihi RM300 juta termasuklah yang dilaburkan untuk penambahan fasiliti baharu, ia bakal memberikan manfaat dan latihan kerjaya kepada kira-kira 1,300 orang jurutera tempatan dan pekerja barisan pengeluaran.

Mercedes-Benz juga tidak menolak kemungkinan untuk memulakan pemasangan bagi kenderaan elektrik seperti EQC, namun menurut Claus Weidner lagi, pihaknya perlu menunggu pengumuman Dasar Automotif Negara (NAP) terlebih dahulu yang akan dibuat pada September ini. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Berita Global
  Bampar direka dengan bukaan liang udara yang minimum untuk penyejukan dan bahagian bawah badan…
Berita Global
  Kemewahan kereta ini boleh disaksikan di Muzium Mercedes-Benz di Jerman. Apa yang membuatkan…