Mercedes-Benz mula operasi kilang penghasilan bateri PHEV, EV di Thailand

oleh Mohamad Hanif|
Sementara itu, Mercedes-Benz sudah pun memulakan fasa produksi tempatan bagi penghasilkan bateri kenderaan plug-in hybrid, kali ini mengambil tempat di negara jiran utara, Thailand.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kilang penghasilan bateri yang terletak di Samut Prakan itu mempunyai keluasan sekitar 50,000 meter persegi dan mempunyai kekuatan tenaga pekerja seramai 100 orang. 

Pembinaan fasiliti ini telah pun diumumkan kira-kira setahun yang lalu apabila Mercedes-Benz bersama-sama rakan kongsi tempatan Thonburi Automotive Assembly Plant (TAAP) dan Thonburi Energy Storage Sytem bersepakat melabur dengan jumlah melebihi 100 juta Euro (RM483 juta) untuk tujuan itu. 

Kilang ini bakal menghasilkan produk bagi memenuhi keperluan model plug-in hybrid seperti C-Class dan juga E-Class, akan tetapi ia juga bakal menghasilkan bateri untuk kenderaan elektrik sepenuh masa pengeluar tersebut. 

Walaupun laporan awal menyebut kapasiti kilang tersebut mampu menghasilkan 5,000 unit bateri, angka tersebut tidak mustahil akan digandakan jika mengikut kepada permintaan semasa. 

Dengan adanya penambahan fasiliti penghasilan bateri, ia akan mampu memenuhi permintaan global Mercedes-Benz yang kini sudah pun mempunyai kilang yang serupa di Kamenz, Jerman dan juga di Beijing. 

Selain daripada itu, Mercedes-Benz turut memiliki kilang baharu yang terletak di Amerika Syarikat, Poland dan Jerman yang bakal mula beroperasi seawal dekad hadapan. 

Dengan penambahan angka tersebut, Mercedes-Benz kini sudah pun mempunyai sembilan unit kilang bateri di tujuh lokasi yang berbeza di seluruh dunia. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Berita Global
  Bampar direka dengan bukaan liang udara yang minimum untuk penyejukan dan bahagian bawah badan…
Berita Global
  Kemewahan kereta ini boleh disaksikan di Muzium Mercedes-Benz di Jerman. Apa yang membuatkan…