Mercedes-Benz Malaysia rasmi pusat 4S Autohaus Bukit Tinggi, Klang

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes-Benz Malaysia dan Hap Seng Star baharu sahaja melancarkan pembukaan rasmi pusat 4S Autohaus terbaharu yang terletak di Bukit Tinggi, Klang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hap Seng Star Bukit Tinggi Autohaus merupakan pusat sehenti dengan keluasan 49,543 kaki persegi yang dibina atas tanah berkeluasan lebih 142,000 kaki persegi.
 

Autohaus


Ruang pameran yang besar boleh memuatkan sehingga 45 buah kereta pada satu-satu masa, selain menawarkan kemudahan seperti Star Lounge, kafe, bilik permainan kanak-kanak, serta bilik khas untuk pelanggan wanita.

Selain itu, ia turut menawarkan barangan aksesori mewah dan butik koleksi jenama Mercedes-Benz yang direka untuk keperluan pelbagai pelanggan.
 

autohaus


Hap Seng Star Bukit Tinggi Autohaus mempunyai kapasiti servis sehingga 900 buah kereta dalam masa sebulan, di mana servis penyelenggaraan berjadual dan pembaikan dilakukan oleh juruteknik yang bertauliah dan mempunyai kelengkapan penuh.

Terdapat juga perkhidmatan lain yang disediakan termasuklah pengimbangan dan penjajaran tayar, tempahan servis drop & go, diagnosis dan pembaikan komponen elektrik, cat, window tint, serta tuntutan jaminan dan insurans.
 

Autohaus


Autohaus ini juga turut menyediakan pengecas DC 120 kW dan fasiliti pengecasan yang mampu memuatkan empat buah EV pada satu-satu masa.

Hap Seng Star Bukit Tinggi Autohaus telah diberikan anugerah Bronze oleh pensijilan GreenRE, di mana ia turut menjalankan inisiatif lestari termasuklah sistem pengumpulan air hujan.
 

Autohaus


Sehingga kini, terdapat sembilan buah jaringan Autohaus di Malaysia yang terletak di Kuala Lumpur, Kinrara, Balakong, Jalan Ipoh, Setia Alam, Bukit Tinggi, Melaka, Kuching dan Kota Kinabalu.

Hap Seng Group juga turut mengendalikan Mercedes-Benz Certified Pre-Owned Centre di Kinrara, serta pusat badan & cat di Shah Alam.

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Sepanjang pengalaman saya di dalam bidang ini, Proton sering beruntung kerana dapat berselindung di…
Berita Domestik
Dibina atas tanah berkeluasan 38,323 kaki persegi, pusat pameran Autohaus Asbenz Langkawi mempunyai…
Berita Domestik
Atas dasar ingin membantu, Scrut Auto kini melanjutkan tempoh operasi mereka sehingga ke 10 malam…