Mercedes-Benz Malaysia lantik Sagree Sardien sebagai Presiden & CEO baharu

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes-Benz Malaysia hari ini mengumumkan pelantikan Sagree Sardien sebagai Presiden dan CEO baharu Mercedes-Benz Malaysia, serta Ketua Serantau Mercedes-Benz Cars SEA II berkuat-kuasa 1 Jun 2021 bagi menggantikan Dr. Claus Weidner.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Sagree Sardien memiliki pengalaman selama 20 tahun di dalam industri automotif dan dalam tempoh 13 tahun, beliau memegang jawatan sebagai Ketua Operasi Pengurusan Armada Daimler di Afrika Selatan.

Selain daripada itu, beliau juga turut memegang pelbagai jawatan utama di dalam organisasi Daimler seperti operasi Armada, Logistik, Jualan, pengurusan Produk dan Perkhidmatan Pelanggan di Afrika Selatan sebelum berpindah ke Stuttgart, Jerman di mana beliau mengetuai Bahagian Jualan untuk Pasaran Luar Negara yang merangkumi Jepun, Korea Selatan, Australia, New Zealend, Timur Tengah, Mesir, Turki dan Afrika Selatan.

"Saya amat teruja untuk menyertai pasukan Mercedes-Benz Malaysia dan rantau SEA II. Dalam masa beberapa tahun kebelakangan ini, Mercedes-Benz telah berjaya mengukuhkan kedudukan di dalam segmen automotif premium di rantau ini. Saya tidak sabar untuk menyumbang kepada pelaksanaan cita-cita kami dalam membentuk masa depan mobiliti dan menyokong transformasi persekitaran automotif.

 


Dalam pada itu, Mercedes-Benz juga turut melantik Edmin Naidoo sebagai Naib Presiden Khidmat Pelanggan MBC Malaysia & SEA II berkuatkuasa 1 Julai 2021 menggantikan Jeffrey Simon.

Selama 25 tahun, Edmin Naidoo berpengalaman luas di dalam perniagaan runcit dan perkhidmatan pelanggan, namun sebelum beliau dilantik oleh MBM, Naidoo memegang jawatan sebagai pengarah bahagian perkhidmatan pelanggan di Mercedes-Benz Australia Pasific.

Selain daripada itu, Naidoo juga bertanggungjawab memperkenalkan beberapa penambahbaikan yang mampu memajukan transformasi digital serantau membolehkan pelanggan dan pengedar menikmati kelebihan yang ditawarkan menerusi Transformasi Pemacu Perkhidmatan Digital.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Bawa semula ciri-ciri lama dan lahirkan Mercedes-Benz G-Class Edition Stronger Than the 1980s…
Berita Global
  Model ini dikuasakan enjin enam silinder sebaris 3.0 liter yang telah diubah suai secara…
Berita Global
  Mercedes-Benz menawarkan pelbagai pilihan enjin seperti petrol dengan supercas dan teknologi…