Mercedes-Benz Gruma Hunter X-Class - untuk kegunaan pemburu di hutan

oleh Mohamad Hanif|
Aktiviti memburu binatang mungkin kedengaran satu hobi yang agak asing untuk era milenium ini, namun ia sebenarnya masih lagi diamalkan oleh segelintir masyarakat di seluruh dunia untuk mengisi masa lapang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Memandangkan kebanyakan aktiviti memburu melibatkan masa di dalam hutan dan off-road, Gruma Automobile - sebuah kedai penala yang pakar mengubahsuai kenderaan untuk aktiviti ini - telah memperkenalkan Mercedes-Benz Gruma Hunter X-Class.

 


Antara salah satu ciri yang perlu ada ketika memburu iala kebolehan untuk berasimilasi dengan keadaan sekeliling, dan di sini Gruma memberikan layangan warna pilihan yang kurang memantulkan cahaya seperti corak camouflage ataupun balutan warna Matte Green. 


Selain daripada penampilan rim aloi Bollards, bar hadapan, bar sisi serta roll bar di bahagian belakang, Gruma juga turut mendatangkan beberapa tambahan seperti cangkuk hadapan dan belakang, ruang kurungan anjing buruan, ruang pemegang raifal, Lazer Lamps Utility-80 dan ruang storan - sekiranya perlu untuk meletakkan hasil buruan.
 


Gruma turut memasang aksesori pilihan berupa sebuah platform yang boleh ditinggikan di atas bumbung kabin Bagi memudahkan anda membidik sasaran yang jauh di mata tanpa perlu meninggalkan kenderaan.
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, anda boleh mendapatkan satu-satunya contoh trak pikap 6x6 untuk diletakkan di dalam garaj,…
Berita Global
Menurut laporan daripada Reuters, kedua-dua Nissan dan Renault mengadakan pertukaran pegangan…
Berita Global
Bagi mereka yang tidak tahu, Mercedes-Benz menggunakan platform Nissan Navara bagi membangunkan…