Mercedes-Benz GLC-Class facelift dilancarkan - tiga varian, harga dari RM299,888

oleh Mohamad Hanif|
Awal tahun yang lalu, Mercedes-Benz telah pun selesai melancarkan model facelift bagi SUV GLC-Class di peringkat global dan Mercedes-Benz Malaysia tidak begitu mengambil masa yang lama untuk membawakan model yang dikemaskini tersebut untuk pasaran tempatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dari segi luaran, bentuk SUV yang gagah itu masih lagi dikekalkan, namun pembaharuan dapat dilihat menerusi lampu utama yang menampilkan rekaan lampu nyalaan siang yang baharu. 

Perubahan tersebut kemudian diteruskan di bahagian belakang dimana lampu berlapis pada generasi terdahulu telah digantikan dengan lampu kelongsong trapezoid yang menyerupai model GLE-Class. 
 


Rekaan bumper belakang juga turut diperbaharui dengan penampilan elemen krom serta bukaan ekzos berkembar yang terbina. 

Untuk pasaran Malaysia, Mercedes-Benz menawarkan tiga varian utama iaitu GLC 200 (dengan rekaan gril berkembar), serta dua varian GLC 300 dan GLC 300 Coupe dengan rekaan gril yang lebih ringkas. 

Dari segi penawaran rim, Mercedes-Benz Malaysia menawarkan saiz rim bermula dari 18 inci sehinggalah 19 inci yang lebih sporty untuk dua varian teratas. 
 


Memasuki ruang dalaman pula, rekaan kabin masih lagi kekal dengan tiada sebarang perubahan yang ketara, namun fokus lebih diberikan kepada sistem infotainmen. 

Untuk GLC 200 dan GLC 300 4MATIC, masing-masing didatangkan dengan trim Executive Line dan AMG Line. 

Berbanding dengan model terdahulu, versi facelift kali ini mendapat sistem infotainmen Mercedes-Benz User Experience (MBUX) dengan ciri pengaktifan suara yang boleh dimulakan dengan frasa "Hey Mercedes". 
 


Skrin sentuh yang terletak di bahagian tengah turut menawarkan sistem isyarat tangan yang boleh membezakan antara isyarat dari pemandu mahupun dari penumpang. 

Ruang kabin diserikan dengan ciri Energizing yang menggunakan sistem lampu ambien, muzik, kawalan iklim, sistem urut pada kerusi dan fungsi ventilasi bagi memastikan pemandu lebih relaks dan kekal segar untuk perjalanan jauh. 
 


Berbalik semula kepada penawaran varian, GLC-Class ditawarkan dalam tiga varian utama di mana versi asas GLC 200 kini didatangkan dengan nadi 2.0 liter menghasilkan 197 hp dan 320 Nm dibantu dengan sistem mild-hybrid EQ Boost 48 voltan. 

Sistem EQ Boost itu tadi menambah kuasa 14 hp dan 150 Nm ketika sistem memerlukan terutama ketika pecutan, pemulihan tenaga serta ciri pelayaran. 

Manakala GLC 300 dan GLC 300 Coupe menggunakan enjin yang serupa, tetapi dengan talaan yang lebih berkuasa iaitu 258 hp dan 370 Nm, dengan bantuan EQ Boost. 

Ketiga-tiga varian ini digandingkan dengan sistem transmisi 9G-Tronic sembilan nisbah kelajuan dan sistem pacuan semua roda 4MATIC. 
 


Aspek pemanduan turut dibantu dengan ciri Dynamic Body Control, serta ciri keselamatan seperti:

  • kawalan pelayaran aktif Distronic
  • Bantuan Stereng Aktif
  • Bantuan Berhenti Kecemasan Aktif
  • Bantuan Penukaran Laluan Aktif dengan fungsi koridor kecemasan
  • Bantuan Had Laju Aktif
  • Bantuan Stereng Evasif
  • Bantuan Kekal Laluan Aktif
  • Bantuan Titik Buta Aktif
  • Bantuan Brek Aktif dengan fungsi pengesan lintasan trafik

Harga jualan untuk pasaran Malaysia bermula dari RM299,888 untuk GLC 200 dan RM350,000 untuk GLC 300. 

Manakala GLC 300 Coupe pula dijual pada harga RM419,888. 

 


Dalam masa yang sama, Mercedes-Benz Malaysia turut melancarkan program baharu Mercedes me connect yang bermula dari pelancaran GLC facelift hari ini. 

Ia merupakan platform generasi baharu yang membolehkan pemilik Mercedes-Benz kekal berhubung dengan kenderaan mereka, serta menguruskan segala data kenderaan menerusi aplikasi mudah alih pada peranti pintar. 

Aplikasi ini boleh dimuat turun menerusi Apple App Store dan Google Play Store, namun pemilik harus mengaktifkan kenderaan mereka menerusi portal Mercedes me untuk langkah-langkah selanjutnya. 

Untuk pemilikan yang bebas masalah, Mercedes-Benz turut menawarkan GLC Agitily Plan yang bermula dari harga bulanan serendah RM3,688 dan lengkap dengan pakej Comprehensive Motor Insurance yang dikira berdasarkan bayaran muka 19% untuk model GLC 200 OFF-ROAD dengan tempoh selama tiga tahun. 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 1-800-88-1133. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Mercedes-AMG GLC 43 4Matic dan GLC 43 Coupe 4Matic - kedua-duanya dibangunkan berdasarkan GLC…
Model Terbaharu
Akhirnya, setelah beberapa siri teaser didedahkan oleh Mercedes-Benz, model SUV tujuh tempat duduk…
Berita Global
SUV, SUV dan SUV.  Entah kenapa, trend pemilikan kini beralih arah kepada SUV (termasuklah…