Mercedes-Benz GLC 300 4MATIC 2023 - unit CKD kini di Malaysia, harga dari RM378,888

oleh Mohamad Hanif|
Beberapa bulan selepas versi import sepenuhnya dilancarkan, Mercedes-Benz akhirnya secara rasmi memperkenalkan SUV GLC-Class versi pemasangan tempatan dengan harga jualan yang jauh lebih murah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Boleh didapati dalam varian tunggal GLC 300 4MATIC, ia masih lagi mengekalkan enjin empat silinder sebaris 2.0 liter turbo yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 258 hp @ 5,800 rpm, dan daya kilas 400 Nm @ 2,000-3,200 rpm yang dibantu dengan sistem hibrid ringan motor elektrik berkuasa 17 kW/200 Nm.
 

GLC


Pecutan 0-100 km/j mengambil masa 6.2 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 240 km/j.

Bahagian luaran SUV ini membawakan kemasan AMG Line, dengan rim aloi AMG bersaiz 21 inci, apron depan AMG, tip ekzos berwarna krom, diikuti dengan ciri standard lampu utama DIGITAL LIGHT.
 

GLC


Kemasan AMG Line turut dibawakan pada ruang kabin, dengan upholsteri kulit Artico, mikrofiber MICROCUT, pedal sports AMG, serta roda stereng balutan kulit Nappa yang diinspirasikan daripada sukan permotoran.

Kelengkapan lain termasuklah skrin kluster digital 12.3 inci, skrin tengah bersaiz 11.9 inci, sistem operasi MBUX, bantuan navigasi, sistem audio Burmester 3D dengan 15 pembesar suara, ciri HANDS-FREE ACCESS, serta ruang kargo sebesar 620 liter.
 

gl;lc


Dari segi keselamatan, GLC 300 4MATIC ini membawakan pakej Parking dengan kamera 360 darjah, fungsi Active Parking ASSIST dengan PARKTRONIC, serta ciri kamera bonet telus pandang yang boleh diakses dalam mod pemanduan off-road.

Harga jualan Mercedes-Benz GLC 300 4MATIC CKD bermula dari RM378,888 atau bulanan serendah RM2,988 dengan pelan pembiayaan Step Up Agility+.

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Sudah beberapa model GLC-Class telah kami uji sebelum ini, termasuklah SUV versi coupe serta versi…