Mercedes-Benz EQS 580 4MATIC SUV 2023 - 544 hp, 858 Nm, jarak gerak 615 km, dari RM699,888

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes-Benz Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan model EQ terbaharu dalam bentuk badan SUV, iaitu Mercedes-Benz EQS SUV.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024

Tersedia dalam satu varian tunggal, EQS 580 4MATIC SUV ini dibekalkan dengan dua motor elektrik dengan kuasa 544 hp dan daya kilas 858 Nm.

Pecutan 0-100 km/j mengambil masa 4.6 saat, sebelum mencapai kelajuan tertinggi 210 km/j.  
 

eqs


Motor elektrik itu tadi dipadankan dengan pek bateri 108.4 kWh yang membenarkan jarak gerak sejauh 515-615 km untuk sekali cas penuh, dengan kadar penggunaan tenaga serendah 20.0 kWh/100 km.

EQS SUV ini turut menyokong pengecasan AC sehingga 22 kW, di mana pengecasan penuh 0-100 peratus SoC hanya memakan masa 5 jam 30 minit, atau pengecasan pantas DC 200 kW sehingga 80 peratus dalam tempoh 31 minit sahaja.
 

SUV


Secara standard, EQS SUV ini membawakan kemasan luaran AMG Line yang agresif pada bahagian bampar depan, diikuti dengan rim AMG bersaiz 22 inci, sistem suspensi udara Airmatic dengan larasan ADS+, sistem stereng gandar belakang, serta lima mod pemanduan (ECO, COMFORT, SPORT, INDIVIDUAL, dan OFFROAD).

Dari segi dimensi, EQS SUV membawakan ukuran sepanjang 5,125 mm, lebar 1,959 mm, tinggi 1,718 mm dengan jarak antara roda sepanjang 3,210 mm yang menawarkan ruang kabin, ruang kepala, serta ruang bahu yang lebih luas.

SUV tiga baris tempat duduk ini menyediakan ruang kargo sebesar 195 liter, dan boleh dibesarkan sehingga 2100 liter apabila tempat duduk baris kedua dan ketiga dilipat.
 

suv


Susun atur papan pemuka MBUX Hyperscreen diambil secara terus daripada EQS Sedan dengan tiga skrin berasingan (skrin digital 12.3 inci, skrin tengah 17.7 inci, skrin penumpang depan 12.3 inci), sementara dua skrin bersaiz 11.6 inci dan tablet tambahan disediakan untuk penumpang belakang menerusi pakej MBUX Rear Seat Entertainment Plus.  

Ciri lain termasuklah sistem audio Burmester dengan 15 pembesar suara, Dolby Atmos, Energising Package, fungsi Easy Entry, kawalan iklim lima zon automatik, serta ciri keselamatan seperti Parking Package, kamera 360 darjah, dan Driving Assistance Package Plus (Distronic Plus, Active Lane Keeping Assist, Active Steering Assist, PRE-SAFE).
 

SUV



Mercedes-Benz EQS 580 4MATIC SUV 2023 ini dijual pada harga bermula dari RM699,888 (atas jalan tanpa insurans).

Berita Berkenaan

Berita Global
Walaubagaimanapun, Mercedes mengumumkan untuk kembali pada penghasilan EV sepenuhnya pada awal…
Model Terbaharu
Tidak seperti penawaran C 200 dan C 300 sedia ada, C 350 e secara asasnya merupakan sebuah sedan…
Berita Global
  Bukan setakat warna, badan kereta meriah dengan logo AMG yang besar pada bonet dan 45 S pada…