Mercedes-Benz dedah spesifikasi awalan Mercedes-AMG E53 Sedan

oleh Mohamad Hanif|
Setelah Mercedes-Benz memperkenalkan E 53 versi Coupe dan Cabriolet pada Detroit Auto Show awal tahun yang lalu, kini sebuah lagi model bakal memasuki keluarga E 53, iaitu Mercedes E-class versi sedan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model E 53 sedan AMG ini menerima sentuhan dan kemasan tipikal sebuah AMG dengan sedikit perubahan bagi menampilkan sedan yang unik berbanding dua saudaranya itu. 
 


E 53 AMG sedan ini dikuasakan oleh enjin 3.0 liter enam silinder sebaris dan dibantu dengan desakan induksi turbo yang mampu menghasilkan 429 hp dan 520 Nm kuasa tork. 

Sistem mild-hybrid berkuasa 48 V turut dilengkapkan dengan bantuan motor elektrik yang mampu menghasilkan kuasa tambahan 21 hp dan 250 Nm kuasa tork.

Kuasa daripada kedua-dua sistem enjin dan elektrik itu kemudiannya disalurkan kesemua roda menerusi transmisi AMG dengan sembilan nisbah kelajuan, memberikan kemampuan untuk memecut dari 0-100 km/j sepantas 4.4 saat. 
 


Ketiga-tiga model E 53 ini mempunyai kelajuan tertinggi 210 km/j yang dihadkan secara elektronik. 

Mercedes tidak mendedahkan info harga bagi model ini, namun mengesahkan E 53 sedan AMG ini bakal memasuki pasaran Amerika seawal 2019. 

Sumber: MotorTrend

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
AMG GT63 S E Performance dikuasakan nadi V8 4.0 liter turbo berkembar bersama bantuan motor…
Berita Global
   Juga baharu fungsi transparent bonnet yang memaparkan pandangan maya pada bahagian bawah depan…
Berita Global
Berbanding varian berkuasanya GT63, Mercedes-AMG GT43 bersama nadi baharu itu turut tidak…