Mercedes-Benz 300 TD (W123) untuk dijual - harga dari RM202k!

oleh Mohamad Hanif|
Antara model-model lama Mercedes-Benz yang kini diburu ramai adalah W123 yang merupakan salah satu moyang kepada generasi E-Class yang terbaharu, dan sebut sahaja apa jua stail badan - sedan, wagon, coupe - rekaannya memang evergreen.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Malah, kalau nasib anda masih baik, kelibat kereta ini masih boleh dilihat di atas jalan raya Malaysia.

Disebabkan statusnya sebagai sebuah ikon yang timeless, harganya juga tidaklah semurah anda memberi kereta terpakai yang biasa. 
 


Salah satu contoh yang kami bawakan kali ini adalah sebuah wagon W123 (warna macam teksi Johor!) untuk direbut pada harga yang sama taraf dengan sebuah C-Class baharu!

Diiklankan di HymanLTD, Mercedes-Benz W123 ini dibina pada tahun 1983 dan menghabiskan hayatnya di Houston, Texas di bawah beberapa orang pemilik untuk jangka masa yang agak lama. 
 


Proses restorasi Mercedes-Benz 300 TD ini hanya bermula pada tahun 2015 dan mengambil masa kira-kira tiga tahun untuk siap sepenuhnya. 

Di bahagian luar, wagon ini dilayangkan warna China Blue (kenapa China), dan warna yang sama turut diaplikasikan pada penutup rim yang sangat-sangat klasik. 

Tidak sah kereta lama tanpa masalah, akan tetapi wagon ini menurut pemiliknya hanya sekadar menggantikan sistem pendingin hawa asal kepada yang lebih moden. 

 


Antara kelengkapan yang tersedia termasuklah lampu kabus Bosch, rel bumbung, bumbung suria (!), cermin tingkap berkuasa, antena automatik, kawalan pelayaran, sistem audio AM/FM kaset, kesemuanya merupakan peralatan standard dari kilang. 

Hanya upholsteri MB-Tex telah digantikan kepada penggunaan kulit beige yang menaikkan seri klasik wagon 300 TD ini. 
 


Enjin OM617 yang dilengkapkan pada wagon ini merupakan enjin diesel turbo pertama dunia yang dikhususkan untuk kenderaan penumpang, didatangkan dengan konfigurasi lima silinder sebaris berkapasiti 3.0 liter yang menghasilkan 125 kuasa kuda. 

Wagon yang dipadankan dengan transmisi automatik menuntut pemilik baharunya supaya membelanjakan kira-kira $47,500 atau RM202,610 mengikut kadar pertukaran matawang semasa sebelum hak milik ditukarkan sepenuhnya. 
 


Dengan harga sedemikian, anda sememangnya boleh mendapatkan sebuah C-Class serba baharu, namun anda tidak akan dapat menikmati status klasik yang ada pada wagon W123 ini. 

Sumber: HymanLTD

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Berita Global
  Bampar direka dengan bukaan liang udara yang minimum untuk penyejukan dan bahagian bawah badan…
Berita Global
  Kemewahan kereta ini boleh disaksikan di Muzium Mercedes-Benz di Jerman. Apa yang membuatkan…