Mercedes-AMG sambut ulang tahun ke-55 dengan G 63 "Edition 55"

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan ulang tahun yang ke-55, Mercedes-AMG mahu menyambutnya dengan sebuah model edisi khas, iaitu Mercedes-AMG G 63 "Edition 55" untuk pasaran Eropah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

G-wagen AMG ini boleh didapati dalam warna Obsidian Black Metallic atau Opaline White Bright daripada G manufaktur, disertakan dengan rim tempa bersaiz 22 inci cross-spoke kemasan Matt Tantalum Gray.
 

G wagen


Model edisi khas ini turut didatangkan dengan pakej opsyen AMG Night Packages I dan II secara standard termasuklah penutup tangki bahan api krom perak berlogokan AMG.

Ruang kabin mendapat ciri seperti trim pintu keluli tahan karat, plet ambang pintu AMG beriluminasi merah, alas lantai AMG hitam denga jahitan merah dan perkataan "Edition 55", serta roda stereng balutan mikrofiber dengan logo AMG dan 55.
 

G wagen


Selain itu, ia turut mendapat kemasan trim gentian karbon, serta balutan upholsteri kulit nappa dua tona hitam dan merah.

Tiada sebarang perubahan terhadap enjin, bermakna nadi asal V8 4.0 liter bi-turbo ini mampu menghasilkan 577 hp dan daya kilas 850 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik sembilan nisbah kelajuan dan sistem pacuan empat roda.

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
AMG GT63 S E Performance dikuasakan nadi V8 4.0 liter turbo berkembar bersama bantuan motor…
Berita Global
   Juga baharu fungsi transparent bonnet yang memaparkan pandangan maya pada bahagian bawah depan…
Berita Global
Berbanding varian berkuasanya GT63, Mercedes-AMG GT43 bersama nadi baharu itu turut tidak…