Mercedes-AMG GT 2020 - lebih pantas, lebih garang!

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes-AMG telah memperkemaskan penawaran kereta sports dua pintu GT mereka dengan menambah varian yang dikhususkan untuk kegunaan litar baharu kepada varian sedia ada GT C dan GT R, iaitu GT R Pro.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mercedes-AMG GT 2020 ini menerima beberapa perubahan, terutama dari segi penambahan unit lampu jenis LED yang diambil secara terus daripada model GT 4-Door, manakala model asas GT dan GT C juga turut menerima perubahan rear fascia dengan rekaan lampu belakang serba baharu.

Memasuki ruang kabin, perubahan tersebut diteruskan dengan sistem infotainmen skrin sentuh bersaiz 10.3 inci serta penggunaan cluster meter digital bersaiz 12.3 inci. 
 


Roda stereng three-spoke juga menerima rekaan serba baharu serta dilengkapi dengan dua ruang tatalan yang sensitif sentuhan untuk mengawal informasi yang dipaparkan pada meter cluster digital dan sistem hiburan. 

Tiada makna sekiranya Mercedes-AMG memperkenalkan model baharu tanpa sebarang penambahbaikan dibuat kepada prestasi, terutama apabila AMG GT 2020 ini hadir dengan sistem kawalan kestabilan AMG Dynamics yang memberikan empat mod pemanduan; Basic, Advanced, Pro dan Master.

Mod pemanduan terakhir tersebut memberikan kawalan sepenuhnya kepada pemandu dengan mematikan segala bantuan elektronik yang dilengkapkan kepada kereta sports ini. 
 


Varian track-focused GT R Pro pula menerima penambahbaikan yang diinspirasikan daripada jentera lumba AMG GT3 dan GT4, bermula daripada sistem coil-over dengan tetapan manual, bar anti-oleng depan dan belakang yang turut boleh dilaras, serta penambahan spherical bearing pada bahagian wishbone suspensi belakang.

Tidak terhenti setakat itu, varian Pro kini dilengkapi dengan sistem brek yang diperbuat daripada karbon seramik, winglet (gentian karbon), Gurney flap pada spoiler belakang (gentian karbon), bumbung (gentian karbon) dan layangan warna Selenite Gray Magno dengan jalur berwarna hijau muda. 
 


Mercedes-AMG masih mengekalkan khidmat enjin bentangan V8 turbo berkembar 4.0 liter yang mampu menjana 469 kuasa kuda (model standard GT coupe dan roadster), 550 kuasa kuda untuk GT C dan juga 577 kuasa kuda untuk GT R dan GT R Pro. 
 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
AMG GT63 S E Performance dikuasakan nadi V8 4.0 liter turbo berkembar bersama bantuan motor…
Berita Global
   Juga baharu fungsi transparent bonnet yang memaparkan pandangan maya pada bahagian bawah depan…
Berita Global
Berbanding varian berkuasanya GT63, Mercedes-AMG GT43 bersama nadi baharu itu turut tidak…