Melaka dakwa terima pelaburan Rm1 bilion untuk pasang EV

oleh HEZERI SAMSURI|
Kerajaan Melaka mendakwa ia bakal menerima pelaburan sebanyak RM1 bilion untuk pelaburan dalam industri automotif, termasuk pembinaan sebuah kilang pemasangan kereta elektrik pertama di Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, kilang itu akan dibina di kawasan Perindustrian Elkay Lipat Kajang, Jasin dan ia akan membabitkan sebuah syarikat bumiputera. Fieldman EV Sdn Bhd.

Kilang itu akan dibina di kawasan seluas kira-kira 200 hektar dan dijangka bermula dalam tempoh dua tahun.

Ketua Menteri itu juga mendakwa ia akan menawarkan 5,000 peluang pekerjaan baharu dan mewujudkan industri hiliran untuk industri automotif tempatan, termasuk pemindahan teknologi EV yang mampu meningkatkan lagi ekonomi Melaka.

FEV dikatakan mendapat hak eksklusif dari Changan Automobile Corporation dari China untuk mengedarkan EV pemanduan kanan untuk rantau Asia Tenggara. Ini sesuatu yang menarik kerana selama ini Changan bekerjasama dengan Berjaya China Motors dan model EV Changan, Eado EV pernah dilihat diuji di Malaysia.

Tidak ada sebarang informasi berkaitan model EV yang mana akan dipasang di Melaka dan berapa sasaran jualan untuk projek ini. Begitu juga tidak ada informasi berkaitan adakah ia turut membabitkan pasaran eksport juga.

* Sumber dari Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…
Berita Domestik
Perkongsian strategik ini menyediakan pentas bagi kesediaan NAZA Auto untuk menjadi pemain yang…
Berita Domestik
Meliputi tapak kawasan seluas lapan ekar, fasa pertama MCE Auto Hub ini akan menyaksikan pelaburan…