Mekanisme harga bahan api akan diumumkan esok (4 Januari)

oleh Mohamad Hanif|
Kabinet telah bersepakat dalam menentukan mekanisme harga jualan bahan api yang akan diumumkan esok, 4 Januari 2019.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail walaubagaimanapun enggan memberikan penjelasan lanjut. 

Menurut beliau, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng telah membuat keputusan dalam menentukan harga jualan RON95 dan diesel. 

Pengumuman tersebut akan diumumkan menerusi saluran rasmi kerajaan. 

Sebelum ini, keputusan untuk memperkenalkan kembali sistem apungan harga mingguan yang sepatutnya bermula pada 1 Januari telah ditangguhkan buat sementara waktu.

Sistem apungan harga mingguan ini akan digunakan untuk menetapkan harga jualan RON95 dalam memastikan pengguna terus menikmati harga yang rendah. 

Namun, Isnin lalu kerajaan mengumumkan harga jualan runcit masih tidak berubah pada minggu pertama 2019.

Pada hari rabu (2 Januari), Persatuan Pengedar Petroliam Malaysia (PDAM) telah mengadakan pertemuan dua mata bagi membincangkan soal ini dengan lebih mendalam. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata kerajaan masih dalam peringkat meneliti mekanisme tersebut yang dijangka siap…