McLaren 720S hancur remuk sehari selepas keluar dari bilik pameran

oleh Mohamad Hanif|
Seorang lelaki dari Virginia didapati terlibat di dalam sebuah kemalangan dan turut memusnahkan McLaren 720S miliknya sehari selepas keluar dari bilik pameran McLaren.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Fairfax County Police Department, McLaren 720S tersebut didapati terbabas melanggar sebuah pokok akibat dipandu laju dan keadaan kereta tersebut didapati remuk dengan dahsyat. 

 

 

Lelaki tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan kini dirawat di hospital yang berdekatan. 

Pihak polis walaubagaimanapun enggan memberitahu fakta berapa pantasnya supercar itu dipandu sehingga terbabas melanggar sebuah pokok.
 


McLaren 720S menggunakan enjin 4.0 liter twin-turbo V8 yang mampu menjana kuasa setinggi 720 PS dan 770 Nm daya kilas membolehkan seseorang memecut dari pegun ke 100 km/j dalam masa hanya sekitar 2.9 saat sahaja. 

Kelajuan tertinggi dicatatkan oleh McLaren 720S ini mampu mencapai 341 km/j dan tidak ramai yang mampu mengawal kuasa setinggi itu dalam masa hanya sehari. 

Ini merupakan contoh klasik yang menjelaskan dengan supercar yang sebegitu berkuasa, ia perlu seiring dengan tanggungjawab sebagai seorang pemandu yang amat besar. 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Sama seperti supercar McLaren yang lain, 720S Spider baharu ini mempunyai struktur gentian karbon…
Berita Global
Sebagai sebuah jenama yang tersohor, ramai peminat McLaren yang sebenarnya kurang berkemampuan…
Berita Global
Pemandu supercar tersebut yang didapati berlumba bersama rakannya di dalam sebuah Mercedes C63…