McLaren 750S 2024 – pewaris sah 720S berkuasa 730 hp, 800 Nm

oleh Mohamad Hanif|
McLaren akhirnya secara rasmi mendedahkan model supercar terbaharu yang merangkap sebagai pewaris sah kepada model McLaren 720S, dinamakan sebagai 750S.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Disebalik rupa paras yang hampir serupa itu, McLaren 750S membawakan nadi bentangan V8 4.0 liter yang mampu menjana kuasa setinggi 730 hp dan 800 Nm – lebih berkuasa jika dibandingkan dengan McLaren P1.
 

750S


Sistem transmisi sekuential tujuh nisbah kelajuan telah diperbaharui dengan nisbah pacuan akhir yang lebih pendek bagi menyalurkan kuasa kepada roda belakang.

Dari segi prestasi, 750S ini mampu memecut sepantas 2.7 saat dari 0-96 km/j untuk kedua-dua versi Coupe dan Spider, sebelum mencapai kelajuan tertinggi 332 km/j.
 

750S


Selain daripada enjin yang berkuasa, McLaren turut mengubah dimensi supercar ini, di mana trek hadapan berkukuran 6 mm lebih lebar dan dibantu dengan geometri sistem suspensi baharu dan sistem kawalan casis Proactive Chasssis Control III.

McLaren 750S juga boleh meninggikan bahagian hadapan supercar ini dalam masa empat saat, berbanding tempoh masa 10 saat pada model 720S.
 

750S


Mungkin pada mata kasar, supercar ini nampak serupa, namun model 750S ini membawakan falsafah rekaan “form follows function” di mana rekaan bampar baharu menyalurkan udara berkelajuan tinggi kepada perumah lampu utama LED.

Sementara splitter hadapan pula memberikan keseimbangan aerodinamik dibantu dengan sayap belakang aktif (20 peratus lebih besar).

Bahagian belakang 750S Coupe dan Spider turut menampilkan sistem ekzos tengah yang diinspirasikan daripada model P1, diikuti sistem kemasukan yang lebih besar pada bahagian roda, bampar belakang baharu, dan dek belakang baharu.
 

750S


Masuk ke dalam ruang kabin, pembeli akan disambut dengan skrin paparan serba baharu,  McLaren Control Launcher yang mampu menyimpan tetapan peribadi untuk aspek aerodinamik, pengendalian, trenkuasa dan transmisi, sistem Apple CarPlay secara standard, serta pilihan trim TechLux (balutan kulit nappa) atau Performance (gandingan kulit dan Alcantara).

Tempat duduk kerangka gentian karbon juga menyumbang kepada berat badan keseluruhan 750S yang lebih ringan, dibantu dengan rim aloi 10 jejari yang mampu menjimatkan sehingga 13.7 kg.
 

750S


Terdapat opsyen prestasi tinggi yang ditawarkan oleh McLaren termasuklah naik taraf sistem brek seramik dengan angkup monoblok dan sistem penyejukan yang diinspirasikan daripada sukan Formula Satu, diikuti tempat duduk perlumbaan gentian karbon seberat 3.36 kg, tayar Pirelli P Zero Corsa/Trofeo R, serta sistem audio Bowers & Wilkins.

Harga jualan McLaren 750S bermula dari $324,000 (RM1,440,666) untuk versi Coupe, dan $345,000 (RM1,534,043) untuk versi Spider.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Spectrum Theme memerlukan teknik baharu untuk dihasilkan dan dari gambar yang dikongsi boleh…