Mazda2 facelift mula dijual di UK, harga dari GBP15.8K (RM87.7K)

oleh Muhammad Md Tajudin|
Pada September 2019 Mazda2 yang dipertingkatkan (facelift) diperkenal di Jepun. Dari luaran model itu tidak banyak diubah yang sememangnya signatur Mazda. 

Kini giliran United Kingdom menerima Mazda2 dan buat kali pertama enjin 1.5-litre Skyactiv-G petrol dipadankan bersama sistem M Hybrid. Sistem itu adalah jenis mild-hybrid dan bukan hibrid sepenuhnya.

Di Jepun, Mazda2 ditawarkan dengan enjin 1.3 liter Skyactiv-G dan enjin diesel Skyactiv-D 1.5 liter dengan sistem i-Eloop. 
Mazda2

 

Dari luar Mazda2 mempunyai pengaruh rekabentuk ringkas daripada Mazda3 dan Mazda6. Ini adalah evolusi terbaru pada gaya bahasa Kodo Design.

Bahagian depan tampil dengan gril corak jaring (mesh) seperti Mazda3 hatchback manakala bilah sayap lebih lebar dan lampur menyerlahkan lagi imej sporti dan premium.

Bahagian belakang juga ringkas berbanding dahulu dengan bampar yang mempunyai garisan vertikal. 

 

Mazda2

 

Bahagian dalam dikemaskan dengan riasan baharu pada papan pemuka, corong udara dan keliling panel meter. Kerusi depan kini dengan reka bentuk baharu bagi menyokong badan dengan lebih baik.

Untuk kabin yang lebih senyap, Mazda telah menggunakan bahan penebat bunyi baharu dan mengurangkan jarak di antara tapak tiang B. Bahagian di antara panel bumbung dipasangkan getah seal baharu bagi tujuan sama.

Mazda2 adalah sebuah hatchback yang sedap dipandu dan supaya lebih menyeronokkan, bahagian atas suspensi (top mount) belakang kini menggunakan bahan urethane manakala stereng ditala semula bagi memperbaiki tahap respon dan feel.

 

Mazda2

 

Satu perubahan ketara ialah penggunaan sistem G-Vectoring Control Plus baharu yang menggunakan brek bagi mengawal olengan (yaw) sebagai tambahan pada kawalan enjin pada GVC sebelum ini.

Untuk kesemua versi manual, Mazda2 dilengkapi teknologi Mazda M Hybrid. Teknologi itu menggunakan belt-integrated start generator (B-ISG) dan brek regeneratif.

Ia berperoperasi melalui penjanaan kuasa daripada B-ISG untuk mengurangkan bebanan pada enjin dan mempercepatkan pengaktifan semula enjin selain daripada pengurangan emisi dan pengunaan minyak lebih cekap.

Ia dicapai melalui pemanjangan tempoh pengentian operasi enjin automatik (auto engine stop time).

 

Mazda2

 

Di UK, Mazda2 2020 dijual pada harga permulaan GBP£15,795 (RM87,689) untuk varian asas SE-L.

Selepas Jepun dan UK bila pula giliran pasaran tempatan? Bermaz setakat ini memang cekap dalam memasarkan model baharu dan berkemungkinan ia ditawarkan pada tahun depan.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Tags

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengedar rasmi jenama Mazda dan Kia di Malaysia itu yakin bahawa akan ada peningkatan dari segi…
Informasi
Atenza (Mazda 6), dan Axela (Mazda 3) sudah ditamatkan pengeluaran di Jepun sejak 2018 dan 2019,…
Berita Global
Sementara itu, Mazda Motors Corporation menghentikan pengeluaran dua model, termasuk MAZDA2, di…