Mazda tambah lagi komponen alat ganti menerusi program Heritage Parts untuk RX-7

oleh Mohamad Hanif|
Disember tahun lalu, Mazda telah pun melancarkan secara rasmi program penghasilan kembali alat-alat ganti Heritage Parts bagi kereta sports klasik mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pada peringkat permulaan, sebanyak 30 komponen alat ganti yang dihasilkan untuk model Mazda RX-7 FC3S (1985-1992) serta 61 komponen untuk generasi ketiga Mazda RX-7 FD3S.

Dalam kemaskini yang dibuat secara senyap, Mazda kini menambah beberapa komponen alat ganti yang ditawarkan untuk Mazda RX-7 FD3S menjadikan jumlah keseluruhan kini meningkat kepada 73 item.

 

 


Menurut Mazda, keputusan untuk menambah komponen alat ganti itu dibuat memandangkan masih lagi terdapat permintaan daripada pelanggan, terutama dari kedai pakar enjin rotari di sekitar Jepun.

Jika anda kebetulan duduk di negara Matahari Terbit, komponen alat ganti untuk Mazda RX-7 itu boleh ditempah menerusi pengedar-pengedar Mazda di sana.

Senarai penuh komponen yang ditawarkan menerusi Heritage Parts Program ini boleh dirujuk pada pautan PDF INI.

Baca: Sejarah Mazda RX-7