Mazda MX-5 sudah berumur 30 tahun! Edisi khas ulang tahun bakal menyusul

oleh Mohamad Hanif|
Siapa sangka, Mazda Miata (atau lebih mesra digelar sebagai Mazda MX-5) akan menyambut ulang tahun yang ke-30 tidak lama lagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bermula pada Mei 1989, kereta generasi pertama NA yang dibangunkan berdasarkan falsafah jinba ittai (kuda dan penunggang bersatu) kini sudah pun menjangkau generasi keempat (ND). 

Jadi, bagi menyambut ulang tahun yang ke-30, Mazda merancang untuk melancarkan Mazda MX-5 Miata 30th Anniversary Edition yang akan berlangsung di tapak asal kemunculan Miata original, bertempat di Chicago Auto Show. 

Sekeping gambar acah telah diterbitkan bagi memberikan bayangan bahawa sebuah edisi khas Mazda Miata RF dengan bumbung kekal bakal membuat kemunculan tidak lama lagi.
 


Jika diamati dengan teliti, ia juga bakal menampilkan rim aloi dengan kemasan gunmetal metallic. 

Berdasarkan tradisi yang diamalkan ketika sambutan ulang tahun yang lalu, Mazda kebiasaannya akan meraikan para pelanggan mereka dengan sesuatu yang bernilai seperti jam tangan Seiko (ulang tahun ke-10), jadi sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang bakal dibawakan oleh Mazda kali ini. 

Segala maklumat terperinci berkenaan kereta sports paling laris di dunia ini bakal didedahkan pada acara Chicago Auto Show bulan hadapan.  
 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Terbaru Mazda North American Operations (MNAO) mengumumkan kelengkapan dan harga MX-5 Miata…
Berita Global
Sayang sekali, ia bukanlah merujuk kepada kelahiran semula jenama Mazdaspeed, akan tetapi mereka…
Berita Global
Ia membawakan bentuk badan roadster yang dilengkapi dengan enjin tiga silinder sebaris 659 cc, dan…