Mazda MX-5 Eunos Edition 2020 - imbau nostalgia 'fun to drive' era 90-an

oleh Mohamad Hanif|
Awal 90-an, syarikat-syarikat automotif Jepun mula menjalankan beberapa eksperimen dalam usaha untuk menarik lebih banyak golongan membeli jenama-jenama mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seperti contoh, Mazda suatu ketika dahulu mempunyai empat divisyen tersendiri iaitu: 

  • divisyen aras mula -  Autozam
  • kereta tradisional - Mazda
  • fun to drive - Eunos (sebutan: Yunos)
  • mewah - ɛ̃fini (sebutan: Anfini)
     

Di bawah jenama Eunos, Mazda telah meletakkan beberapa model termasuklah Eunos 100 (Mazda Familia), Mazda Lantis, Eunos 300 (Mazda Persona), Eunos 800 (Mazda Milenia), Eunos Cosmo, serta Eunos Roadster (Mazda MX-5).

Tahukah anda, Eunos juga pernah menawarkan Mazda Bongo sebagai salah sebuah penawaran suatu ketika dahulu?
 


Berbalik kepada jenama Eunos, ia telah dibangkitkan semula oleh Mazda sebagai satu homaj kepada jenama tersebut pada model Mazda MX-5 2020. 

Mazda MX-5 Eunos Edition 2020 ini hanya terhad dihasilkan sebanyak 110 unit sahaja menampilkan beberapa ciri seperti layangan warna Jet Black, upholesteri kulit burgundy Nappa, rim hitam Rays, dan lencana Eunos Edition. 

Enjin asal MX-5 masih kekal tanpa sebarang modifikasi yang menghasilkan 181 kuasa kuda digandingkan dengan transmisi manual enam kelajuan atau automatik enam kelajuan. 
 


Turut terdapat adalah ciri i-Activsense Mazda, serta sistem infotainmen dengan sembilan pembesar suara Bose.

Harga jualan Mazda MX-5 Eunos Edition 2020 ini bermula dari €34,600 (RM167,132) dan hanya boleh didapati di pasaran Perancis sahaja, dan bukan untuk pasaran Jepun.
 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Terbaru Mazda North American Operations (MNAO) mengumumkan kelengkapan dan harga MX-5 Miata…
Berita Global
Sayang sekali, ia bukanlah merujuk kepada kelahiran semula jenama Mazdaspeed, akan tetapi mereka…
Berita Global
Ia membawakan bentuk badan roadster yang dilengkapi dengan enjin tiga silinder sebaris 659 cc, dan…