Mazda MX-5 2022 - aspek pengendalian ditambahbaik!

oleh Mohamad Hanif|
Generasi keempat Mazda MX-5 (ND) telah pun wujud di pasaran sejak tahun 2015, dan ia telah pun menerima kemaskini penawaran pada tahun 2018 di mana enjin asal 2.0 liter telah ditala semula supaya mampu menghasilkan 181 hp dan 200 Nm.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kini, Mazda cuba untuk mengekalkan tahap relevan kereta sports pacuan roda belakang itu dengan mendatangkan beberapa perubahan terhadap aspek pemanduan bagi model tahun 2022.
 

KPC


Disebalik rupa paras MX-5 yang sudah sedia moden itu, perubahan yang besar dibuat adalah teknologi Kinematic Posture Control (KPC) yang dikatakan mampu menawarkan pemanduan yang lebih stabil dan respons yang lebih linear terutama ketika di selekoh.

Sistem ini dikatakan mampu menentukan kondisi pemanduan dalam masa nyata berdasarkan perbezaan kelajuan antara tayar belakang kiri dan kanan.
 

KPC


Menurut Mazda, KPC ini mampu menjana daya 'anti-angkat' dengan cuba mengekalkan posisi badan ke bawah dan mengurangkan kesan olengan badan apabila brek ditekan, selain mengaplikasikan daya brek yang kecil kepada bahagian dalam tayar ketika mengambil selekoh di bawah daya G yang tinggi.

Kesannya, postur kenderaan yang lebih stabil dan terintegrasi ketika pemanduan berkelajuan tinggi.
 

MX-5


Selain daripada itu, tiada sebarang perubahan ketara terhadap rekaan melainkan penawaran warna baharu Platinum Quartz Metallic dan pakej kulit Terracotta Nappa.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Terbaru Mazda North American Operations (MNAO) mengumumkan kelengkapan dan harga MX-5 Miata…
Berita Global
Sayang sekali, ia bukanlah merujuk kepada kelahiran semula jenama Mazdaspeed, akan tetapi mereka…
Berita Global
Ia membawakan bentuk badan roadster yang dilengkapi dengan enjin tiga silinder sebaris 659 cc, dan…