Mazda dedah teaser konsep kereta sports baharu, pengganti Miata?

oleh Mohamad Hanif|
Mazda Jepun menerusi saluran Youtube rasmi mereka mengumumkan strategi yang bakal dilaksanakan menjelang tahun 2030.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk tempoh beberapa tahun dari sekarang, Mazda mahu mencapai sasaran nisbah jualan EV global sebanyak 40 peratus, berbanding sasaran awal sebanyak 25 peratus.

Strategi elektrifikasi Mazda akan merangkumi tiga fasa:

  • Fasa 1 (2022-2024) yang memfokuskan kepada pembangunan
  • Fasa 2 (2025-2027) akan menjadi tempoh peralihan dengan memperkenalkan model EV serta sistem hibrid baharu
  • Fasa 3 (2028-2030) bakal menyaksikan pelancaran beberapa model EV di peringkat global

 

EV


Di akhir video pembentangan itu, Mazda turut memperlihatkan sebuah model konsep yang disebut-sebut sebagai pengganti kepada kereta sports MX-5.

Model konsep yang tidak mempunyai nama itu membawakan garis badan jenis low-slung diikuti dengan rekaan fender yang lebih menonjol, bumbung kekal serta bukaan pintu gull-wing.

Lebih menarik, selain daripada rujukan elemen rekaan Mazda RX-7 FD pada cermin belakang, model konsep ini juga mempunyai unit lampu LED dengan mekanisme pop-up!
 

EV


Walaupun terdapat ura-ura generasi kelima MX-5 (NE?) akan mengekalkan enjin pembakaran dalaman berdasarkan dimensi hud enjin yang panjang, model konsep ini dilihat membawakan trenkuasa elektrik.

Ini boleh dilihat menerusi kehadiran komponen kotak di belakang kabin yang mungkin dikhususkan untuk meletakkan pek bateri.

Struktur casis aluminium model konsep ini dilihat memfokuskan kepada dinamik pemanduan dan keringanan, sesuai dengan warisan sebenar kereta sports jenama Jepun itu.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Terbaru Mazda North American Operations (MNAO) mengumumkan kelengkapan dan harga MX-5 Miata…
Berita Global
Sayang sekali, ia bukanlah merujuk kepada kelahiran semula jenama Mazdaspeed, akan tetapi mereka…
Berita Global
Ia membawakan bentuk badan roadster yang dilengkapi dengan enjin tiga silinder sebaris 659 cc, dan…