Mazda daftar paten nama 'MX-6' - kereta sports generasi baharu?

oleh Mohamad Hanif|
Mazda tidak akan hadir dengan kereta sports bernadikan enjin rotary dan hot hatch MPS, dan berita tersebut dilihat sedikit mengecewakan para peminat yang sudah lama menantikan kehadiran kedua-dua kereta daripada segmen tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, tindakan Mazda mendaftarkan paten nama MX-6 di Pejabat Pendaftaran Paten Jepun baru-baru ini sedikit sebanyak menimbulkan tanda tanya memandangkan Mazda sudah pun menyatakan pendirian mereka mengenai soal kereta sports sebelum ini. 
 


Pendaftaran paten tersebut walaubagaimanapun tidak menyertakan sebarang butiran lanjut, namun jika melihat kepada format penamaan model Mazda sedia ada, 'MX-6' berkemungkinan besar adalah model pengganti atau varian prestasi yang lebih berkuasa berbanding MX-5. 

Apa yang pasti, kemungkinan untuk menghasilkan kereta bernadikan enjin rotary dan kereta sports berkuasa elektrik tidak akan sama sekali berlaku dan ianya disahkan sendiri oleh bos Mazda, Akira Marumoto. 

Melihatkan kepada obsesi Mazda terhadap enjin pembakaran dalaman (ICE), tidak mustahil mereka akan kembali dengan sesuatu yang lebih inovatif, sepertimana yang dibuktikan oleh Skyactiv-X menerusi model terbaharu Mazda3. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia memiliki sifat yang ringan dan kuat dalam masa yang sama, namun harus diingat gentian karbon…
Berita Global
Akan tetapi, usah terkejut apabila jenaka kotak gear Fast Furious itu ternyata bakal menjadi satu…
Berita Global
Selepas berjaya menghasilkan unit penambah jarak rotari dengan rekaan rotor tunggal 8C pada Mazda…