Namun, berdasarkan penemuan terbaharu yang dibuat oleh Super.Asurada.com, Mazda berkemungkinan besar akan menambah keluarga enjin baharu dengan konfigurasi enam silinder sebaris serta kotak gear automatik dengan lapan nisbah kelajuan.
Laporan ini sebenarnya tidak mengejutkan, kerana sebelum ini Mazda turut dilaporkan sedang membangunkan enjin inline-six untuk kedua-dua keluarga Skyactiv-X dan Skyactiv-D walaupun tiada sebarang perincian diberikan.
Enjin baharu enam silinder sebaris Skyactiv-X ini difahamkan bakal mendiami ruang enjin Mazda6 generasi baharu yang akan dibangunkan dari platform baharu sepenuhnya. ada jenama-jenama premium yang lain.
Platform ini bakal mengubah Mazda6 menjadi sebuah sedan pacuan roda belakang, sistem mild-hybrid baharu serta turut menampilkan kemaskini terhadap bahasa rekaan Kodo Mazda.
Malah, ia dilihat sebagai satu petanda Mazda kini mensasarkan kedudukannya sebagai sebuah jenama mewah bagi memberikan saingan kepada jenama-jenama premium yang lain.
Sumber: Super.Asurada.com