Untuk makluman, Mazda CX-60 pasaran Jepun boleh didapati dalam versi Skyactiv-D dengan enjin enam silinder sebaris berkuasa diesel, atau versi Skyactiv-X juga dengan enam silinder sebaris.
Dalam bentuk ICE tulen, nadi diesel 3.3 liter ini mampu menjana kuasa setinggi 228 hp dan daya kilas 500 Nm yang dipadankan dengan kotak gear standard automatik lapan nisbah kelajuan.
CX-60 juga ditawarkan dalam versi hibrid ringan 48 voltan, dengan bantuan motor elektrik (17 hp/153 Nm) dan pek bateri 0.33 kWh, dan angka output keseluruhan 251 hp dan 550 Nm.

Pecutan 0-100 km/j untuk versi hibrid ringan adalah sepantas 7.3 saat dengan kelajuan tertinggi 220 km/j.
Untuk enjin 3.0 liter enam silinder sebaris Skyactiv-X versi petrol, tiada sebarang spesifikasi diumumkan buat masa ini.
Selain itu, Mazda turut menawarkan enjin 2.5 liter empat silinder sebaris Skyactiv-G dengan kuasa setinggi 185 hp dan 250 Nm yang bertindak sebagai varian aras mula untuk model CX-60, atau versi plug-in hybrid dengan kuasa setinggi 323 hp dan daya kilas 500 Nm.

Versi PHEV ini merupakan versi yang paling berkuasa pernah dihasilkan oleh Mazda, dengan pecutan 0-100 km/j sekitar 5.8 saat dan kelajuan tertinggi 200 km/j, di mana ia digandingkan dengan motor elektrik dan pek bateri lithium-ion berkapasiti 17.8 kWh.
Mazda CX-60 merupakan model SUV baharu yang dibangunkkan atas pelantar Skyactiv Multi-Solution Scalable Architecture, dengan tetapan suspensi double-wishbone di depan dan multi-link di bahagian belakang, dibantu dengan sistem pacuan semua roda i-Activ dan sistem penstabil Kinematic Posture Control (KPC).
Baca: Mazda CX-60 2023